Special Sponsor



Selasa, 27 Mei 2008

Gambar kereta aku

Semalam aku pergi ke tempat proton untuk mengambil kereta aku. Sempat juga aku ambek gambar kereta dalam keadaan tengah cun. Jom kita layan




Sebelum ambil kunci



Belek-belek bay engine jap, tengok apa yang ada




Pandangan dari belakang

Jumaat, 23 Mei 2008

Kereta sudah keluar

Alhamdulillah kereta saga yang aku tunggu-tunggu selama ni dijangka akan sampai ke tangan aku pada hari isnin ini. Pada entry sebelum ini aku mengatakan yang aku telah memilih 'open color' untuk model baseline manual metallic. Setelah mengharungi pelbagai kesukaran semasa menunggu loan seperti aku terpaksa menggunakan garentor kerana umur agak muda, lepas itu timbul another problem pulak, garentor punya output gaji lagi kurang dari aku punya gaji, sebenarnya tak ada la beza sangat pun cuma beza rm 100 je. Itu semua telah aku harungi dan akhirnya loan lulus pada 1 april 2008. Aku loan dengan maybank islamic. Insuran bawah etiqa. Harap-harap puas hati dengan perkhidmatan mereka.

So berbalik kepada cerita kereta aku nih, setelah puas aku 'sound' SA proton supaya take serious about pelanggan yang dah book, baru lah aku tengok diorang buat kerja laju-laju sket. Ye la mana taknya aku tunggu lama tak de update beb. Tiap-tiap minggu aku pergi ke show room proton yang aku buat tempahan di putra perdana, puchong untuk update terkini. Last perkataan aku sound adalah "takkan customer tiap-tiap minggu wat update, SA pulak cam tido je, kalau macam ni baik saya jadi SA lagi cepat.." ternyata amat berkesan keesokan harinya SA call aku kata diorang dah allocate kereta warna granite gray. Aku setuju je sbb mak aku pun kata tak mau warna black metallic je sebab kereta mak aku tu iswara warna black metallic.

Kereta aku berwarna granite gray (nanti dah dapat aku capture image dan upload kat sini ok) dan bernombor plat BJY 702. Cepat juga naik nombor selangor ni ek, 1 minggu lepas lebih member kelas aku kat poli dapat kereta Perodua Viva black 1.0 dia, no plat BJX 8771.


layan dulu 'imaginary picture of proton BLM' granite gray photochopped.. (credit to nightReader paultan.org/forum)

Nantikan update seterusnya pada minggu depan, Isnin insya-allah selepas pemeriksaan (pdi) kenderaan. Baru aku nak ambik. Ok till then salam...

Ahad, 18 Mei 2008

Sudah dua bulan menunggu

Wah, sedar tak sedar dah 2 bulan aku menunggu kedatangan kereta Proton saga aku nih, still masih 'beratur' menunggu giliran. Mula-mula masa booking aku tempat ke-9 dah sebulan lepas tu giliran ke-4 dan minggu lepas aku pergi ke tempat aku book kat Putra Perdana, Puchong bertanyakan perkhabaran kereta aku (eceh ... kot la diorang baru nak pasang tayar ke baru nak pasang pintu ke hehe) baru jadi orang ke-3. Lamanye....

harap-harap akhir bulan ni aku boleh merasai kereta sendiri. uhuu~

Sabtu, 5 April 2008

Proton Saga BLM With Body Kit

Wow!
Proton saga putih ni memang cun la. Pandai owner dia pakaikan skirt, front dan rear bumper pun dah tambah bodykit. Kereta aku bila la nak sampai nih, 2 bulan waiting time memang lama. Apa yang aku nak tambah bila dapat kereta ni ek?? Tunggu dulu tengok bajet la... haha apa-apa pun jom layan dulu video dia.



Front promote



Downforce skirt



Front bumper downforce



BMW sport rim



Downforce Skirt 3

update 25 June 2008: New design spotted! Kelantan Mari...