Special Sponsor



Rabu, 1 Oktober 2014

Last post sini

Selamat jalan kepada kereta saga yang banyak berjasa. 6Tahun berkhidmat penuh cemerlang, kini masanya untuk aku melepaskanmu kepada tuan baru. Untuk makluman kereta aku ni telah berjaya dijual  pada bulan mei 2014 tadi. Alhamdulillah semoga tuan baru menjaganya.

Aku jual sebab 'upgrade' sikit keluasan kereta, segmen masih sama B-segmen. Logo je tukar kepada huruf H.


Ni antara beza kereta baru dan lama.
















Dapat kereta terus pam ron95 nak biasakan pakai minyak baru naik. So far ok la rasa ringan je respond dia.




Sekian,  Tamat

Sabtu, 29 Mac 2014

Abah sudah pergi

Innalillah, pada 28 mac 2014 kira-kira 11.02 pagi abah yang selama ini kami sayangi dan hormati telah kembali kepada penciptaNYA. Agak sedih tetapi aku redha la. Bulan mac ni paling sedih sebab 4 orang kat taman perumahan kg halaman aku meninggal (termasuk abah aku) dan juga misteri kehilangan sahabat2 sekerja 20 orang (yang betul-betul aku kenal ada 5 orang) yang nak ke kursus training ke Tianjin China menaiki pesawat MH370. Moga roh mereka tenang serta ditempatkan dikalangan orang beriman. Al-fatihah


Jumaat, 28 Februari 2014

tukar clutch plate

Setelah 6 tahun aku pakai kereta sampai la waktu clutch manual kereta ni dah perlu ditukar. Sebabnya bila naik jalan tinggi sikit contoh naik bukit bunyi meraung tapi kereta tak 'pergi' sangat. Jadi aku ke bengkel stage3 automotive (link facebook) . Bengkel ni ok cuma kereta customer banyak sangat jadi terpaksa tinggal kereta kat situ untuk beberapa hari.

Clutch original sebelum ditukar

 Clutch baru Exedy SR20 model sebab gbox BLM/FL manual saja pakai aikikikai (nissan) kalau flx dah pakai gbox getrag (ford rasanya). Kira kacuk nissan+mitsubishi la n



Original plate (gambar google internet)


pressure plate  juga tukar amik model mitsu 4g model (kata pomen stage3 la).

Lepas pasang ok la cuma minyak mcm kuat dari sebelum ni. Bawak pun sedap (sbb barang baru tukar kan). Untuk rujukan sesiapa nak tukar original proton boleh rujuk harga proton part disini PW812038, PW812037 

Sabtu, 19 Oktober 2013

Mazda 3 kereta idaman lepas ni

Berkenan betul aku tengok design mazda sejak generasi sebelum ni dan latest skyactive.Design cun, nampak laju dalam masa sama claim 19km seliter petrol tanpa bantuan hybrid. WOW



Interior dah macam conti ala2 bmw. Agaknya designer dia orang eropah kot

2014 mazda 3 interior



 2013 Bmw 3 series
 
Target lagi beberapa tahun lagi beli sebiji, sekarang ni simpan RM dulu.