Interior dah macam conti ala2 bmw. Agaknya designer dia orang eropah kot
2014 mazda 3 interior


Target lagi beberapa tahun lagi beli sebiji, sekarang ni simpan RM dulu.










Bukan sekadar rupa! Inilah yang boleh disimpulkan untuk kedua-dua variant terbaru dari Exora, iaitu BOLD & PRIME. Disebalik perubahan pada rupa luaran, tetapi tersembunyi di dalamnya nadi kuasa enjin terbaru Campro Charge Fuel Efficiency (CFE) 1.6-liter yang menyamai kuasa enjin 2.0.
Gambar luaran exora prime
Enjin tersebut hanya boleh didapati pada variant PREMIUM Exora BOLD & PRIME serta dipadankan dengan kotak gear CVT yang membantu pecutan enjin yang lancar serta menjimatkan petrol. Menurut Pengarah Urusan Proton, penggunaan teknologi CFE boleh membantu mendapatkan prestasi yang maksimum pada RPM yang rendah. Dengan teknologi ini juga dapat membantu penjimatan minyak kerana dengan hanya enjin 1.6 pengguna mendapat kuasa seumpama enjin 2.0. Kelebihan CVT pula, ia memberikan pelbagai pilihan ratio yang terbaik serta sesuai mengikut gaya pemanduan.
Exora BOLD juga mempunyai variant 1.6 Campro CPS dengan transmisi automatik & manual selain versi standard yang juga menggunakan enjin yang sama tetapi hanya terdapat transmisi manual.Gambar individu captain seat pada exora prime
Gambar panel tengah beserta double din touchscreen Navigation Exora Prime
Exora PRIME yang merupakan versi ekslusif hanya mempunyai 6 tempat duduk dengan pelbagai penambaikan yang dilakukan seperti rekaan bumper depan & belakang yang baru, lampu depan (black-out), lampu belakang (smoked), cermin sisi boleh dilipat secara elektonik, rim 16″ warna emas, disc brek belakang & ditawarkan dengan tambahan warna baru Absolute Brown. Untuk bahagian dalaman pula, kerusi & panel pintu dibalut kulit dua tona, panel tengah dengan kemasan walnut, Captain Seat untuk kerusi baris kedua, monitor pada headrest & sistem audio yang mempunyai fungsi sebagai navigasi serta kamera undur.
Gambar brochure Exora CFE
Gambar headrest lcd pada exora prime
Gambar cermin pandang belakang beserta image reverse cameraExora BOLD Premium juga mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan PRIME, cuma mengekalkan 3 tempat duduk baris kedua, tanpa monitor pada headrest & juga mempunyai kamera undur serta cermin pandang belakang dengan LCD. Kedua-dua model ini mempunyai rekaan ekslusif & elegan dengan kombinasi Lotus Ride and Handling untuk pemanduan yang lebih tangkas, stabil, selamat & responsif.
Gambar paparan meter Exora CFE
Untuk pengetahuan semua model ini hanya boleh didaftarkan OTR bermula pada minggu kedua Januari 2012. Sempena dengan pelancaran kedua-dua model ini, Proton akan mengadakan Hari terbuka Proton 4 U bermula esok hingga 18 Disember ini di bilik pamerannya seluruh negara. Cenderahati akan diberikan kepada sesiapa yang memandu uji model Exora BOLD. Untuk Exora PRIME, tiada unit pandu uji, hanya boleh dilihat dibilik pameran yang terpilih sahaja iaitu di Crystal Showroom, Juru Branch, Plentong Branch & Mutiara Damansara. Esok dah boleh booking ye!!! (source : campromania)














SHAH ALAM: Proton Holdings Bhd mensasarkan menjual 6,500 unit sebulan Saga Facelift (Saga FL) yang baru dilancarkan, kata Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.
“Saga sudah berada dalam pasaran lebih dua tahun dan dengan model yang diberi wajah baharu ini yang menawarkan ciri-ciri lebih menarik, saya rasa 6,500 unit adalah nombor yang realistik untuk dicapai,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Saga Facelift, di sini, hari ini.Sejak pelancarannya pada Januari 2008, beliau berkata Saga meningkat ke kedudukan kedua model terlaris di Malaysia dengan jualan purata bulanan 6,200 unit.
Pada Oktober, beliau berkata Proton menjual kira-kira 204,150 unit dan menerima 245,030 tempahan.
Saga Facelift baru itu tampil dengan dua varian, iaitu, 1.3 Standard dan 1.3 Executive, kedua-duanya dalam transmisi manual dan automatik.
Syed Zainal Abidin berkata 1.3 Standard manual berharga RM37,998 manakala 1.3 Executive automatik berharga RM43,298.
Saga Facelift itu tersedia dalam enam warna dan menampilkan reka bentuk dapra baharu, tukup, lampu puncak, gril depan, bampar depan dan belakang dan cermin sisi yang menggabungkan isyarat LED.
Model eksekutif, antara lainnya, menampilkan lampu kabus depan tambahan, rekaan baharu keluli aloi, spoiler belakang dan acuan pelindungi sisi bagi menjadikannya ia kelihatan lebih sporty. – BERNAMA
maklumat lanjut spec dan sebagainya rujuk : saga facelift
p/s : rasa dah habis generasi pertama, datang generasi ke-2 pulak. Aku dah sedikit malas nak update blog ni, kereta masih dalam keadaan sihat dah hampir clock 90,000km hari ni. Harap lepas ni proton terus maju dari company automotive yang lain.
source : paultan, BERNAMA, blog prodas, blog funtastickodesign




