Special Sponsor



Memaparkan catatan dengan label pendapat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pendapat. Papar semua catatan

Rabu, 4 September 2013

Minyak sudah naik

Lepas je hari merdeka 31ogos, pada 3 sept 2013 tepat jam 12 malam maka naik lah minyak (ehem dikurangkan subsidi 20sen) kepada RM2.10 seliter Ron95. Dulu kereta aku pasang ngv, tapi sebabkan perlu ruang boot kat belakang aku dah buka jual semula kit itu. Tapi kenapa la aku tak terfikir nak pasang tong kat spare tayar macam all-new-skin-vios (4speed dinosaur) ni, kalau tak sampai sekarang tak buka2 dah.





Layan Video bawah ni.

Khamis, 19 April 2012

dapat gak test drive prevé



Semalam lepas pergi claim insuran untuk tukar cermin depan kereta aku yg retak kena batu, aku sempat merayau2 sekitar sunway mentari. Jumpa proton showroom dan setelah membelek-belek prevé, saga flx dan exora bold, akhirnya sampai juga giliran aku untuk test drive. Sebelum ni dah pernah test drive inspira : di COE Proton kat Kesas





so far sesi pandu uji sekitar blok kedai sahaja disebabkan kesuntukan masa dan sebab aku nak masuk kerja lepas tu (mengular kejap.. hihi).

komen aku :
1. Untuk low rpm takde la rasa underpower sangat based on pengalaman memandu saga flx adik aku, forte 4speed mmbr, dgn test drive inspira dulu.
2. nvh, ride and handling aku boleh rasa lagi bagus dari inspira, at least dua-dua pengalaman base on test drive.
3. system audio sedap dari model-model sblm ni, tapi nk banding kereta aku mesti la kereta sendiri lagi sedap sebab dah tambah subwoofer, componen set, 3 way 6x9 semua.. hihi
4. start enjin bunyi macam campro biasa. Kena slot kunci sebelah start button. Tak macam forte dia dah proximity sensor. Setiap satu ada kelebihan, kekurangan.
5. Butang dan penunjuk indicator kat center console keliling Head Unit Bosch kena ada beza sepatutnya. Sebab ada yang tak tahu tekan kaw-kaw last2 patah clip dalam tu. Tapi test drive unit yang aku dapat tu perfect lah.
6. spot welding, plasma welding (apa2 je..) yang di highlight dan di fwd oleh forum dan fb. Pada test drive unit yang aku bawa tu tak perasan pun ke mata aku terpesona dgn benda lain.
7. dashboard dan interior bukan fotogenic, means dilihat dari mata lagi ok dari foto, kira aku boleh terima dan berstyle continental.
8. walaupun slot kt D tapi blh main2 kat magnesium paddle shif pada steering.

Rabu, 15 Disember 2010

Gambar customize saga FL dan Espire (Tuah)

Jumaat lepas masa balik kerja aku dan kwn2 g PWTC nak tgk KLIMS 2010 nasib baik pameran bukak sampai pukul 10malam. Memang menarik gak pameran kali ni. Tapi agak sayang 5 orang pergi takde sorang pun bawak kamera, bateri handphone pulak dah habis masa tu.. hahaha

Ada cabutan bertuah grand prize toyota prius dan 2 bijik saga blm. Kalau tangan aku bertuah leh la dapat sebijik kete.. hahaha

Ni la buah gambar yang aku sempat print proton espire (TUAH) dan saga FL yang dah di customize ikut selera aku.


Selasa, 3 Ogos 2010

wireless reverse camera

Fuh, kejapnya dah masuk bulan 8. Kereta aku plk so far no problem. Hari2 makin sayang la katakan.. hehe.. skrg ni ingat nk tukar timing belt bila service 80k km.. Hari tu pergi sc dia cakap 100k km pun takde hal, tp disebabkan aku lasak, so 80k nnt aku nk suruh mekanik bukak timing belt cover tu check condition dulu. Agak2 kalau ok lagi 80k ni, nk mintak dia slalu tgk la timing belt tu.


Btw back to topic, aku jual secara sambilan gps dgn wireless reverse camera. Hari tu supplier tunjuk camne dia pasang dgn demo kt tmpt gelap. Kira simple gak la just connect dgn wire lampu reverse je. Then bila gear engage ke reverse, lampu ON, camera tu pun operate la. Benda ni pulak compatible almost all gps, tak kira la apa jenis janji ada slot av-in. Nasib baik gps yg aku beli tahun lepas memang dah ada av-in. link : gps Koman2 gps aku tu pakai chipset atlas III je, skarang latest dah atlas V dgn saingan dari taiwan pnye mediatek dn samsung.








Skrang ni aku tgh fikir nk letak camera tu bawah lampu no plet belakang or tebuk somewhere kat bumper.

Khamis, 25 Mac 2010

side mirror autoflip

sebenarnya dh lama aku simpan hasrat nk pakai side mirror autoflip ni.. antara kelebihannya ialah time jem, time nak parking sempit, leh lipat so takde la orang accidently terlanggar side mirror.

Tapi problem utamanya side mirror autoflip model kereta mana yang boleh di mod tapak dan dimuat masuk ke saga blm.. Harap2 model proton lepas ni ada la side mirror bermotor cam ni dan jadi basicla.. Pada pandangan kasar, side mirror evo3, honda ek, toyota ae100 bentuk lebih kurang.. tapi tak pernah cuba lagi...

dibawah ni gambar dari mudah.my











Mintak komen kawan2 yang ada pengalaman pernah buat, sila komen disini, kalau ada gambar lagi cun. Kalau nak komen kat forum pun boleh >> forum.prosboc.com

TQ...

Jumaat, 18 Disember 2009

gambar saja2

untuk memenuhi permintaan guest01 dari shoutbox.. ni la gambar tepi kereta aku...



gambar tepi..



gambar tayar depan



tayar blkg



gambar boot.. sori boot berselerak.. huhu... gambar time 3 orang naik takde.. sbb x de penumpang.. tp hari2 bawak woofer+tank ngv 56 liter...

Ahad, 6 September 2009

Pendapat : seswai ke ron95 ni?

Apabila minyak ron95 diperkenalkan utk menggantikan ron97 dgn coverup konon2nya untuk menggantikan ron92 aku rasa kereta aku cam tak berapa pergi la, kalau tengok post sebelum ini aku telah discover yang throttle body aku berkarbon (hitam) dan terpaksa dicuci semasa service ngv. Aku mendapati idling kereta aku tak betul betul2 time tu kerajaan istiharkan tgh testing ron95 kat setengah2 petrol pump. Rasanya dalam awal bulan 7 or 6 kot. Itu mungkin perasaan aku je kot. Tapi ada juga feedback dari rakan2 yang kes lebih kurang sama dengan aku.

servey dari dak2 kelab juga ada yang kata dia isi ron95 rm50 = 299KM saja sedangkan dulu ron97 RM50 = 380KM.

Bagaimana pendapat anda? luahkan pada ruangan komen di bawah...