Special Sponsor
Khamis, 19 April 2012
dapat gak test drive prevé
Semalam lepas pergi claim insuran untuk tukar cermin depan kereta aku yg retak kena batu, aku sempat merayau2 sekitar sunway mentari. Jumpa proton showroom dan setelah membelek-belek prevé, saga flx dan exora bold, akhirnya sampai juga giliran aku untuk test drive. Sebelum ni dah pernah test drive inspira : di COE Proton kat Kesas
so far sesi pandu uji sekitar blok kedai sahaja disebabkan kesuntukan masa dan sebab aku nak masuk kerja lepas tu (mengular kejap.. hihi).
komen aku :
1. Untuk low rpm takde la rasa underpower sangat based on pengalaman memandu saga flx adik aku, forte 4speed mmbr, dgn test drive inspira dulu.
2. nvh, ride and handling aku boleh rasa lagi bagus dari inspira, at least dua-dua pengalaman base on test drive.
3. system audio sedap dari model-model sblm ni, tapi nk banding kereta aku mesti la kereta sendiri lagi sedap sebab dah tambah subwoofer, componen set, 3 way 6x9 semua.. hihi
4. start enjin bunyi macam campro biasa. Kena slot kunci sebelah start button. Tak macam forte dia dah proximity sensor. Setiap satu ada kelebihan, kekurangan.
5. Butang dan penunjuk indicator kat center console keliling Head Unit Bosch kena ada beza sepatutnya. Sebab ada yang tak tahu tekan kaw-kaw last2 patah clip dalam tu. Tapi test drive unit yang aku dapat tu perfect lah.
6. spot welding, plasma welding (apa2 je..) yang di highlight dan di fwd oleh forum dan fb. Pada test drive unit yang aku bawa tu tak perasan pun ke mata aku terpesona dgn benda lain.
7. dashboard dan interior bukan fotogenic, means dilihat dari mata lagi ok dari foto, kira aku boleh terima dan berstyle continental.
8. walaupun slot kt D tapi blh main2 kat magnesium paddle shif pada steering.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan