Special Sponsor



Rabu, 26 November 2008

2 hari tak bawak kereta

Hari ni dah masuk 2 hari aku pergi kerja menaiki motosikal, rasa rindu pulak dengan kereta aku nih. Rasa rindu dengan dentuman subwoofer mohawk beserta 4 speaker depan dan belakang, keharuman wangian ambi-pur campuran wangian formula aku dan tak lupa juga ngauman enjin campro 1.3 iafm aku. Kereta aku telah dipinjam oleh kakak aku sebab kereta dia antar bengkel so adik beradik mesti tolong menolong kan.



Ini lah rupe moto aku yang selalu aku tunggang sebelum kehadiran kereta saga blm. Moto ni beli masa aku blaja kat poli dulu. Dah banyak berjasa moto ni. Tak pernah meragam walaupun berhujan berpanas tanpa ada garaj. Servis minyak hitam mesti pakai jenama bagus punya. Start enjin sekali dah hidup. Ok tu je aku nk merepek... Apa projek tuk kereta ye... tunggu... hehe

Khamis, 13 November 2008

Sesi photo

Thanks kepada helmi ibrahim kerana meluangkan sedikit masa untuk datang bersusah payah sesi foto kereta aku.















Sabtu, 8 November 2008

Isi ngv kat tank LPG... result meletop



link berita hari ini dari tv3 08/11/2008 ... tank LPG (liquid petrol gas) tak tahan pressure yang tinggi. Apa apa pun takziah dan alfatihah kepada mangsa.

CNG (compress natural gas)



gambar van kebaboomm... (nampak tong gas masak dimodified...)



hari ni aku isi gas nampak myvi dgn camry pakai ngv... huhu jimat...

Selasa, 28 Oktober 2008

Sagaku masuk NGV

Semalam aku telah menghantar kereta kesayangan aku ke bengkel ngv installer dekat rumah aku untuk mentransformkan diri dari minum petrol kepada minum petrol dan isap gas asli (natural gas). kit ngv ni ada 2 jenis, mixer dan sequential. Untuk kereta saga blm ni aku pakai mixer for injection dan tank adalah jenis type-2 (composite) 55liter. Mula-mula nak masuk 65liter tp installer guy tak berapa pandai nak adjust kaki tank tue.


nozel gas letak kat depan


wiring-wiring yang dipasang


cam ni la rupe bentuk tangkinye


lepas da siap pasang, barang semua masuk kat dalam


suiz penukar petrol-ngv

full tank dekat rm8. milage leh dapat lom kira lagi nnt aku update lagi