Special Sponsor



Sabtu, 30 Mei 2009

Saga 1.6 available

Saga 1.6 dah ada... huhu... agak2 kalau dah ada 1.6 ni leh masuk tak enjin 1.8?? ehhehe


1.6 BaseLine Solid red Manual RM 39,000

gambar dari proton edar website... captured 10.30pm 30may2009

link : proton saga proton edar

Rabu, 27 Mei 2009

DIY : Tukar lampu dashboard meter

Untuk bagi kelainan pada dashboard nye lampu saudara fazrul5885 telah mendiykan sendiri tukar lampu LED kat meter kereta beliau. Proses agak komplikated katanya.


bukak dulu meter tu, bukak casing sekali



ni la rupe electronic board yg meter tu, yg empat segi tu LED dia



LED menyala...



peralatan-peralatan untuk melakukan pembedahan meter tadi.. hehe



LED superbrite.. (lepas ni naik harga la bende ni.. huhu padahal murah jer)


electronic board meter


LED2 superbrite yang telah dikeluarkan (hati2 takut patah/blow je kaki dia)



proses menswap LED dari warna oren kepada putih



sebelum oren


selepas hitam putih merah (nampak best gak kan)

seharian kat bengkel



2-3 hari ni la aku sakit telinga disebabkan bunyik brake pad aku dah abis, kira bunyik besi la. So dah tak tahan lepas je lunch hari ni aku bawak g bengkel. Hari ni seharian aku melepak bengkel kat area umah aku. Semalam aku pergi proton part center glenmarie shah alam, beli spark plug, bellow box air filter dan beberapa barang lain.

kira hari ni aku tukar 3 barang la... dalam kul 6 lebih baru siap, tapi mmg puas hati rasa cam segar balik kereta aku ni.



ni airfilter nye kotak da pecah, pecah bukan aku buat tapi lepas je g ada bengkel tu(tak mau sebut maybe dia x perasan terpijak/langgar kotak aku kot...), tau2 je da pecah sikit.. effect gak performance kereta aku.. bila da tukar rasa cam power sikit... kalau pakai open pod lagi power kot.. hehe




kotak air filter baru.. beli kat proton part center. blh tahan gak harga dia tapi x mahal la.. layan jer la asalkan ori..



cover dgn kotak air filter lama dah cabut.



masuk spark plug baru size 1/16.




Brake pad baru, sementara tunggu bila aku dah masyukk... Projek best, nak tukar brake disc belakang.. Fyi member2 yang dah tukar blh pakai wira 1.6/1.8 , Toyota s.e or seg, honda accord lama. Nk kene g halfcut servey2 ni.. hehe



offtopik: x de kaitan pun... kereta abg ipar aku kat bengkel ni gak, tgh memonsterkan enjin supra ni.. depan volvo, belakang supra.. so nk kasi adjust kasi 2-2 ngam (dulu volvo ni pakai ngv + enjin supra ... pastu ngv kit dah bawak pindah kereta lain...)

Jumaat, 22 Mei 2009

Renew roadtax dan insuren

Semalam selesai sudah aku merenew roadtax dan insuren kereta aku berjumlah rm775.40 (lebih kurang la.... ) kira dah setahun lebih juga umur kereta aku. Process agak cepat juga sebab aku pergi ambek lepas solat jumaat, dalam kul 2.45ptg dah siap (sbnrnya pakai agent... kul 11 pagi dia da call suh ambek).



Roadtax sticker 22 may 2010 ( 2010, erm waja lancer... saga s.e. waa bestnye)




so ni la keje aku, pagi-pagi sebelum gerak pg keje kul 6 pagi aku tanggalkan roadtax sticker lama.




setelah selesai projek menampal pada cermin.