Special Sponsor



Rabu, 1 Oktober 2014

Last post sini

Selamat jalan kepada kereta saga yang banyak berjasa. 6Tahun berkhidmat penuh cemerlang, kini masanya untuk aku melepaskanmu kepada tuan baru. Untuk makluman kereta aku ni telah berjaya dijual  pada bulan mei 2014 tadi. Alhamdulillah semoga tuan baru menjaganya.

Aku jual sebab 'upgrade' sikit keluasan kereta, segmen masih sama B-segmen. Logo je tukar kepada huruf H.


Ni antara beza kereta baru dan lama.
















Dapat kereta terus pam ron95 nak biasakan pakai minyak baru naik. So far ok la rasa ringan je respond dia.




Sekian,  Tamat

Sabtu, 29 Mac 2014

Abah sudah pergi

Innalillah, pada 28 mac 2014 kira-kira 11.02 pagi abah yang selama ini kami sayangi dan hormati telah kembali kepada penciptaNYA. Agak sedih tetapi aku redha la. Bulan mac ni paling sedih sebab 4 orang kat taman perumahan kg halaman aku meninggal (termasuk abah aku) dan juga misteri kehilangan sahabat2 sekerja 20 orang (yang betul-betul aku kenal ada 5 orang) yang nak ke kursus training ke Tianjin China menaiki pesawat MH370. Moga roh mereka tenang serta ditempatkan dikalangan orang beriman. Al-fatihah


Jumaat, 28 Februari 2014

tukar clutch plate

Setelah 6 tahun aku pakai kereta sampai la waktu clutch manual kereta ni dah perlu ditukar. Sebabnya bila naik jalan tinggi sikit contoh naik bukit bunyi meraung tapi kereta tak 'pergi' sangat. Jadi aku ke bengkel stage3 automotive (link facebook) . Bengkel ni ok cuma kereta customer banyak sangat jadi terpaksa tinggal kereta kat situ untuk beberapa hari.

Clutch original sebelum ditukar

 Clutch baru Exedy SR20 model sebab gbox BLM/FL manual saja pakai aikikikai (nissan) kalau flx dah pakai gbox getrag (ford rasanya). Kira kacuk nissan+mitsubishi la n



Original plate (gambar google internet)


pressure plate  juga tukar amik model mitsu 4g model (kata pomen stage3 la).

Lepas pasang ok la cuma minyak mcm kuat dari sebelum ni. Bawak pun sedap (sbb barang baru tukar kan). Untuk rujukan sesiapa nak tukar original proton boleh rujuk harga proton part disini PW812038, PW812037 

Sabtu, 19 Oktober 2013

Mazda 3 kereta idaman lepas ni

Berkenan betul aku tengok design mazda sejak generasi sebelum ni dan latest skyactive.Design cun, nampak laju dalam masa sama claim 19km seliter petrol tanpa bantuan hybrid. WOW



Interior dah macam conti ala2 bmw. Agaknya designer dia orang eropah kot

2014 mazda 3 interior



 2013 Bmw 3 series
 
Target lagi beberapa tahun lagi beli sebiji, sekarang ni simpan RM dulu.

Rabu, 16 Oktober 2013

Kereta aidil adha

Alhamdulillah kereta Suprima S Sedan executive bapa aku dah selamat sampai hari Isnin tadi.
Sila folo blog kereta itu di http://suprimasedanku.blogspot.com/


Rabu, 4 September 2013

Minyak sudah naik

Lepas je hari merdeka 31ogos, pada 3 sept 2013 tepat jam 12 malam maka naik lah minyak (ehem dikurangkan subsidi 20sen) kepada RM2.10 seliter Ron95. Dulu kereta aku pasang ngv, tapi sebabkan perlu ruang boot kat belakang aku dah buka jual semula kit itu. Tapi kenapa la aku tak terfikir nak pasang tong kat spare tayar macam all-new-skin-vios (4speed dinosaur) ni, kalau tak sampai sekarang tak buka2 dah.





Layan Video bawah ni.

Selasa, 20 Ogos 2013

Poskereta adik aku

Awal bulan 7 tadi, adik aku yang cikgu tu baru tahu dia dapat posting kat Sarawak. Jadi dipendekkan cerita memang luck dia la, sekolah yang dia dapat mengajar tu ada road access ala-ala kampung juga la kalau kat semenanjung ni. Cuma risau orang perempuan ni pergi ulang alik naik basikal (ada basikal je sbb dia takde lesen moto). Nasib baik adik aku beli saga flx masa dia belajar tahun 2011 ari tu (rujuk sini)

Dokumen yang diperlukan adalah salinan (photostat) IC pemilik knderaan, salinan geran kenderaan yang disahkan dari pegawai, kalau kereta masih dalam loan mesti ada surat perlepasan kenderaan dari bank cakap nak ke sarawak. Dah selesai semua dokumen tu pilih je tarikh nak hantar ikut jadual syarikat yang kita pilih.

Jadinya masa bulan puasa ari tu aku dan dia arrange hantar sagaflx ke Sarawak door-to-door guna kapal roro sebab murah sikit.

Basic Charges (Proton Saga BLM/FLX).
NO
DESCRTION
CHARGES (MYS)
1
Booking Fees
150.00
2
OCEAN FREIGHT CHARGES (PORT TO PORT) ke KUCHING
(Including Customer Clearance Both Side, B/L, Handling, Port Charges)
1550.00
3
MARINE INSURANCE* ( Basic Cover Rm15,000.00 Min for Market Value ) T&C.
100.00
4
BUNKER SURCHARGES (EFFECTIVE 15/05/2011)
150.00

 TOTAL
1950.00

Charge utk hantar sampai ke rumah dia kat Lubok Antu (LA) rm450. Kalau nak pickup sendiri kat port kuching payah jugak, kalau lelaki mcm aku la, aku gagahkan jugak sbb 3jam lebih perjalanan. Jalan dia tak berapa besar.


Isnin, 19 Ogos 2013

Proton Suprima S





So hari sabtu tadi secara rasminya Proton Suprima S telah dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir di Matrade. Nampak menarik design dia dari photo, cuma aku belum berkesempatan nak melihat secara dekat showroom proton je. Benda-benda yang macam reverse sensor, front sensor, reverse camera bagi aku biasa je ni boleh fit 3rd party kat kedai accessory macam kereta aku pakai reverse sensor 4 eye mazda punya

(gambar tahun 2008 punya link penuh disini )

 
(display jarak objek)




Bila google image nampak jenama lampin dewasa, tapi takpe la bila sebab sebelum ni dah memang tu imej dia bila dah launch suprima S ni bertambah la gallery image dalam enjin carian google, yahoo dsb. Ok malas nak ulas panjang, rasanya dah boleh book kalau berminat.

Harga bermula dari RM76K untuk turbo (CFE) executive
  • Proton Suprima S 1.6 Executive (metallic) RM76,688 
  • Proton Suprima S 1.6 Executive (solid) RM76,338 
  • Proton Suprima S 1.6 Premium (metallic) RM79,988 
  • Proton Suprima S 1.6 Premium (solid) RM79,638

Ahad, 18 Ogos 2013

Keep track your car's Fuel Consumption online


Tahukah anda bahawa anda boleh mencatit FC kenderaan anda, dan share pada user seluruh dunia di http://www.fuelly.com/car/proton/saga atau buka sahaja browser pada telefon pintar anda di m.fuelly.com login dan update sahaja lepas siap isi petrol.























Ini adalah contoh setting kat account fuelly aku, aku pilih Trip Miles (or KM) supaya lagi senang dari pakai odometer agak payah nak ingat beratus2 KM total milleage kereta.


Isnin, 17 Jun 2013

Saga FLX SV (super value) dilancarkan

Sabtu tadi satu lagi variant saga FLX telah dilancarkan, iaitu variant SV bawah sedikit dari standard trim.
* SV (Super Value) N-line kot. Zaman 2008 dulu rm31k je tapi banyak accessories takda
* Standard B-line (takda ABS)
* Executive M-line (ada ABS semua)
* SE Special Edition (leather seat, 1.6)

Bagusnya SV ni sbb ada 2 airbag walaupun takda ABS dan tambah kuat pada struktur badan.
 Gambar sumber dari blog paultan.org


















Bar 'V' untuk mengasingkan cabin dgn barang kat bonet belakang jika berlaku perlanggaran kuat belakang. Mula-mula aku tengok ingatkan mcm besi Ultraracing atau 3max untuk handling, tapi lepas dapat penjelasan bar V yg FLX SV ni bukan untuk handling.
















Ni contoh ultra racing rear strut bar, kalau nak boleh beli kt kedai, confirm handling mantap lepas pasang


Pendapat aku, kalau kualiti masih sama mcm blm keluaran 2008 ok la kot boleh beli, kereta murah tapi yg rosak-rosak tu harap pihak proton buat penambah baik la, road noise kat cabin harap lagi senyap. Lagi satu Saga yg ni dah hampir ke life cycle dia, hope 2014 saga R ke atau saga dgn skin, enjin dan transmisi baru dilancarkan



Jumaat, 17 Mei 2013

Tukar tayar dan servis

Dah agak 3 tahun juga tayar yg aku pakai skrg ni. Harini kebetulan cuti jadi tukar satu set depan belakang goodyear nct5 (bajet ciput tak mampu nk angkat continental lagi..haih). Kat kedai tu kena racun dengan pekerja dia terpasang sekali spring sport brand konwa dari jepun tulisannya.

Oh lupa tukar bearing belakang kiri kanan sbb dah tak elok, lepas tu tukar minyak hitam castrol magnatec 10w-40. Huh rabak wallet.. pst : cepat2 tukar sebelum cukai GST implement.. hiks

Selasa, 19 Mac 2013

Kereta aku dah 5 tahun

Dah 5 tahun usia kereta aku (walaupun geran keluar may 2008).
Ok la tak ada kerosakan serius, radiator ok tip top. Masih boleh berjalan-jalan sekitar semenanjung dan 3-4 bulan je 10,000km tayar bergolek. Sekarang ni pakai minyak enjin HDEO atau pennzoil je rasa serasi plak ngan enjin, nak revving pun rasa senang je naik.

 

Baru-baru ni ada tengok fb group proton saga, diorang masuk steering preve nampak sangat cun. Siap ada audio control dan paddle shift. Kalau ada orang pandai mesti boleh buat fungsi paddle shift tu, tapi boleh ke? huhu. Difahamkan steering preve dijual pada lingkungan rm180-rm250, kalau lagi mahal tu mungkin sbb ada extra function?


Gambar credit to Ewell Krai .


Rabu, 2 Januari 2013

lampu aftermarket saga fl, flx




Selamat Tahun baru 2013 kepada semua! Tengah selak2 website tetiba ternampak gambar lampu depan design baru untuk saga fl/flx. Nampak cool sebab ada DRL dan projektor.




 Ni bukan gambar kereta aku, kepada owner kereta ini anda sangat cool sebab jadi terawal pakai lampu cantik ini.

Ahad, 16 Disember 2012

Spyshot prevé hatchback?

Memang PANAS!!! Yang kita nanti-nantikan telah pun tiba, spyshots pertama P3-22A (PrevĂ© hatchback). Gambar ini telah sempat dirakam oleh sahabat kita bro ramulo yang telah menemui kereta ini di exit Shah Alam. Pada mulanya bro ramulo menjangkakan kereta ini Ford Fiesta, tetapi rupa-rupanya P3-22A (PrevĂ© hatchback). Sebelum itu bro ramulo juga terserempak dengan sebuah PrevĂ© sedan yang mempunyai chrome bar dibelakang dengan sportrim yang berbeza. Adakah model itu dipasang dengan enjin Petrona NEO1? 

Komen lanjut sila ke link disini : funtastickodesign

Battery dah habis

Akhirnya pada pagi 15dec2012 tadi bateri kereta aku dah habis setelah hampir 2tahun 7bulan berkhidmat dengan cemerlang. Bateri sebelum ni yang aku beli bulan september aku dah bagi kt mmbr aku pakai vios sebab kebetulan masa tu bateri dia habis dan waktu weekend. So lepas tu dia ganti dengan bateri baru panasonic.

Nak jd cerita bateri (panasonic) tu aku tolong jumper pulak kat kereta saga flx adik aku 3 minggu lepas, kereta dia gagal dihidupkan sebab bateri lemah. Lepas 1 hari cubaan menghidupkan kereta beliau gagal, terpaksa panggil pomen eon datang rumah lepas diorang start dekat seminit baru hidup. Kata pomen sebab flx adik aku auto dan masa mati mungkin banyak minyak yg tak terbakar. Begitulah kisahnya, tapi takde issue pun dah lepas ok bapa aku tolong belikan bateri baru untuk adik aku tu. Tapi aku lupa pula nak masuk balik bateri panasonic tu dalam kereta aku, last2 tinggal kat kampung je.

Berbalik pada kisah kereta aku, lepas jump start hidup, balik rumah dari kilang tempat keje, off semua lampu dalam kereta, alarm pun tak guna pakai kunci manual. Petang lepas puas berehat sebelum nak pergi kerja crank sekali hidup pulak. Tapi bila tengok kat indicator battery warna merah ada sikit putih. Normally hijau, untuk selamat aku pergi kedai spare part kereta dalam bbrp km dari rumah dan ambik pula bateri sel basah jenis century. Harap tahan lama la brand ni. Tapi aku tak berapa suka sel basah sebab senang kotor ruang plet besi bawah bateri tu.

Khamis, 4 Oktober 2012

Video Saga EV 2012

1. Video Uniten EV
 

2. UTM EV 


Cabaran Mobiliti Hijau Proton (PGMC 2012) yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 6 hingga 7 Oktober 2012. Support mereka pada hari minggu ini. Good Luck 



Isnin, 17 September 2012

tukar suiz pwr window


Harini tetiba suiz pwr window tak leh tekan turun bawah dia macam sangkut kat suis. So g kedai spare part kat glenmarie , tukar suis bersama beli fuel pump.. yg fuel pump tu sbb nk ganti sensor minyak asik turun naik tak accurate (kadang2 ok kadang2 k.o.). Nasib baik ada kedai buka time cuti ni.

total kerugian suiz = rm60
fuel pump = rm180 (aku request yang oem tapi tokey cakap yang ni pun ok. warranty 3 bulan je)



Dah lepas pasang browse page fb jual beli 'pasar borong prosboc' terjumpa pulak ada orang jual lagi murah kat sini .. takpe dah terbeli len kali kena check price dulu.. heheh

Sabtu, 8 September 2012

Beli battery kereta



Dah 2 tahun 3bulan, so bila risau kot2 tetiba kat remote area bateri habis , khamis tadi aku sempat beli bateri GP Atlas NS 60 kira buat standby la . Nak ikutkan masih ok lagi power bateri sel kering brand shogun yang aku tukar tahun 2010 bulan 6 (refer sini), sekali crank je dah hidup. Ada orang suka sel basah (yang kne jaga air), tapi bagi aku suka MF maintenance free sebab tak risau air bateri putih2 meleleh sampai kat bawah tray bateri tu.




Selasa, 14 Ogos 2012

Sabtu, 30 Jun 2012

Sprintex supercharge


klik atau save untuk gambar lagi besar

Petang ahad ni bosan-bosan layan FB ternampak iklan ni kat group facebook. Dah ada orang cuba benda ni ke?? ok tak

update gambar :