Special Sponsor



Sabtu, 22 Mac 2008

Posting pertama

Horeyy!!! Akhirnya aku telah membuka satu lagi blog khas untuk kedatangan kereta pertama aku iaitu Proton Saga baru (BLM). Aku berazam untuk menulis segala update pasal kereta ini daripada aku booking sampailah ke servis dan insya-allah sampailah apabila aku menjualnya kembali (end of this blog?)



Bayaran sebanyak RM 500 telah dibuat oleh aku untuk booking kereta pada 13 Mac 2008 dan estimated dapat dalam 1-2 bulan bergantung kepada giliran dan 'ready stock' kereta nih. Kereta panas la katakan, kene beratur panjang la. Aku telah memilih model B-Line Manual Transmission dan 'open color' kerana aku fikir warna yang ditawarkan memang cukup menawan, so tak payah pilih pun tak pe la.

2 ulasan:

Mr. Deen berkata...

Ramai orang cakap Saga BLM di sana sini. Tapi apakah BLM itu? Adakah ianya Base Line - Manual? Tetapi mengapa mereka yang membeli High Line turut menggelarkan Saga mereka BLM? Mengapa tidak HLM? Dan juga MLM untuk Medium Line Manual? Jadi apakah takrifan BLM yang sebenarnya?

nazri berkata...

BLM tu code name utk model baseline.. saga iswara dulu pun code dia BLM jugak, tapi lepas tu ada LMST dll..

sama jugak macam persona code dia WRM (wira replacement model).

untuk saga nama official adalah proton new saga.. tapi dah melekat nama saga blm .. lagi cun kan.. ngeh2..

saga blm paling mempunyai varian n-line, b-line, m-line dan s.e. setakat ni h-line tak de...