Special Sponsor



Selasa, 20 Ogos 2013

Poskereta adik aku

Awal bulan 7 tadi, adik aku yang cikgu tu baru tahu dia dapat posting kat Sarawak. Jadi dipendekkan cerita memang luck dia la, sekolah yang dia dapat mengajar tu ada road access ala-ala kampung juga la kalau kat semenanjung ni. Cuma risau orang perempuan ni pergi ulang alik naik basikal (ada basikal je sbb dia takde lesen moto). Nasib baik adik aku beli saga flx masa dia belajar tahun 2011 ari tu (rujuk sini)

Dokumen yang diperlukan adalah salinan (photostat) IC pemilik knderaan, salinan geran kenderaan yang disahkan dari pegawai, kalau kereta masih dalam loan mesti ada surat perlepasan kenderaan dari bank cakap nak ke sarawak. Dah selesai semua dokumen tu pilih je tarikh nak hantar ikut jadual syarikat yang kita pilih.

Jadinya masa bulan puasa ari tu aku dan dia arrange hantar sagaflx ke Sarawak door-to-door guna kapal roro sebab murah sikit.

Basic Charges (Proton Saga BLM/FLX).
NO
DESCRTION
CHARGES (MYS)
1
Booking Fees
150.00
2
OCEAN FREIGHT CHARGES (PORT TO PORT) ke KUCHING
(Including Customer Clearance Both Side, B/L, Handling, Port Charges)
1550.00
3
MARINE INSURANCE* ( Basic Cover Rm15,000.00 Min for Market Value ) T&C.
100.00
4
BUNKER SURCHARGES (EFFECTIVE 15/05/2011)
150.00

 TOTAL
1950.00

Charge utk hantar sampai ke rumah dia kat Lubok Antu (LA) rm450. Kalau nak pickup sendiri kat port kuching payah jugak, kalau lelaki mcm aku la, aku gagahkan jugak sbb 3jam lebih perjalanan. Jalan dia tak berapa besar.


Isnin, 19 Ogos 2013

Proton Suprima S





So hari sabtu tadi secara rasminya Proton Suprima S telah dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir di Matrade. Nampak menarik design dia dari photo, cuma aku belum berkesempatan nak melihat secara dekat showroom proton je. Benda-benda yang macam reverse sensor, front sensor, reverse camera bagi aku biasa je ni boleh fit 3rd party kat kedai accessory macam kereta aku pakai reverse sensor 4 eye mazda punya

(gambar tahun 2008 punya link penuh disini )

 
(display jarak objek)




Bila google image nampak jenama lampin dewasa, tapi takpe la bila sebab sebelum ni dah memang tu imej dia bila dah launch suprima S ni bertambah la gallery image dalam enjin carian google, yahoo dsb. Ok malas nak ulas panjang, rasanya dah boleh book kalau berminat.

Harga bermula dari RM76K untuk turbo (CFE) executive
  • Proton Suprima S 1.6 Executive (metallic) RM76,688 
  • Proton Suprima S 1.6 Executive (solid) RM76,338 
  • Proton Suprima S 1.6 Premium (metallic) RM79,988 
  • Proton Suprima S 1.6 Premium (solid) RM79,638

Ahad, 18 Ogos 2013

Keep track your car's Fuel Consumption online


Tahukah anda bahawa anda boleh mencatit FC kenderaan anda, dan share pada user seluruh dunia di http://www.fuelly.com/car/proton/saga atau buka sahaja browser pada telefon pintar anda di m.fuelly.com login dan update sahaja lepas siap isi petrol.























Ini adalah contoh setting kat account fuelly aku, aku pilih Trip Miles (or KM) supaya lagi senang dari pakai odometer agak payah nak ingat beratus2 KM total milleage kereta.