Special Sponsor



Sabtu, 28 Jun 2008

addons : part 2

Tint Cermin


Petang semalam aku dah buat appointment dengan raytech tint. Hehe apasal kene buat appointment? sebab ramai orang sangat ke? Lepas tu tempat pulak tak berapa familier (aku jarang-jarang jalan2 so tak berapa tahu, tau jalan basic2 je) So lepas je balik kerja pukul 2 ptg aku pergi dulu jalan-jalan kat shah alam. Tetiba je aku ubah fikiran last-last minit buat kat aircool tint, seksyen 19.

Jenis filem warna silver kehitaman, Aircool classic silver series yang spec 54%vl 65%IRR 99%uv reject. Dua hari kereta aku ni berpantang dari membuka cermin, susah juga kalau nak bayar tol nih... Workmanship so far aku tengah buat observation, nanti aku update lagi.


update : 01 july 2008
setelah 2 hari berpantang, hari ni aku dah boleh bukak tingkap (no more open door at tol). quality workmanship aircool ni 4/5. cermin blkg, sisi semua gelap cuma depan cam cerah sket. Kalau tak pasang lagilah silau al-maklumlah Malaysia ni kan panas dan hujan sepanjang tahun.

Auto-lock door

Mulanya aku nak buat sekali function ni sebab kat kedai tint aircool ni jual sekali RM70 siap installation. Tapi selepas aku tengok kit wiring dia aku tak berapa berminat, nampak kurang kualiti. Metarial dari segi wayar pun dah boleh nampak. So aku cancel pasang function ni.

Khamis, 26 Jun 2008

throttle minyak delay

Perasan tak kalau pijak minyak dalam masa beberapa millisecond lepas tu baru rpm naik? Aku tanya member-member diorang kata itu lah namanya teknologi drive by wire (DbW). Ia digunakan dalam industri automatif sekarang untuk menggantikan teknologi lama sistem kawalan mekanikal dan hidrolik. Contoh terbaik Proton saga BLM ni menggunakan DbW pada throttle nye...



Lihat contoh video dibawah ini

skuter DbW (steer-by-wire kira adik beradik DbW la)



Basic DbW






Kesimpulannya DbW ni memang ada delay millisecond dia, so bawak-bawak la biasakan dengan teknologi ini.

Selasa, 24 Jun 2008

addons : part1

Jeng3x... aku telah menambah 2 barang pada kereta ni pada 18 Jun tadi.

1. Speaker JVC 3-way



spec:
* 250W Peak/40W RMS
* Twin Roll Butyl Rubber Edge
* Shallow & Slim Design
* Frequency Response: 30Hz-32,000Hz
* Sensitivity: 87.5dB/Wm
* Crossover Frequency: 5, 8kHz
* Aramid Fiber+ Carbon Fiber Composite Olefin Cone Woofer
* Poly-Ether Imide Dome Tweeter
* Strontium Magnet (Woofer)
* Neodymium Magnet (Midrange)
* Free Edge (Midrange)
* Heat-Resistant Voice Coil
* Mounting Depth: 47mm


aku pasang sebab memang dah ada lubang kat pintu aku, untuk M-line diorang memang dah dapat 4 speaker, yang menghairankan ada yang pergi tukar speaker lain... huuhu...

Speaker nih max peak power dia 250Watt so tak payah nak letak amp la. Kalau kuat lagi mungkin kene, itu semua kena tengok spec radio (HU- Head Unit) dalam kereta. Dalam bahasa mudahnya ibarat PSU pc la, kalau beban yang diletakkan melebihi peak power dia maka OFF la.... huhu paham kan...

2. Lampu boot (orang kata M-line ada lampu, tapi kenapa B-line aku x de pula)


Lampu ni biasa pasang kat siling kereta, tapi aku memandai pasang kat boot kereta, nasib baik orang kedai 'abang' pandai wiring memang respek habis la. Siap pasang suiz khas supaya bila aku bukak boot dia ON, bila tutup, OFF.



Balik kampung minggu lepas aku ada usha kedai audio kat sg. besar, diorang memang khas untuk buat audio. Projek diorang tengah buat masa aku usha tu complete 12 super-size speaker + woofer letak dalam kereta Perodua Kancil. Memang menarik tapi sayangnya aku tak sempat nak ambek gambar projek diorang tu. Aku tanya-tanya 'sound proof' diorang buat. Tokeh kata kalau 1 kereta dalam RM1k, kalau nak buat kat 4 pintu dalam rm150. Bila pasang kat kancil pun bunyi tutup pintu macam kereta germany, solid.



Overall aku rasa B-line aku nak bertransform ke M-line.
List M-line yang kurang dari spec aku.

- SRS Air Bag (takkan nak pasang kut... )
- Reverse Sensor (murah je, tapi tak penting)
- Fog Lamp (tak perlu)
- Sport Rim 14 Inci (dalam pertimbangan)
- Electronic Side mirror (aku dalam pencarian side mirror yang ada LED signal dan boleh auto lipat)
- Pre-tensioner seat belt (tak perlu sangat tapi boleh dipertimbangkan)
- Adjustable height Seat (no need la boleh adjust kat tengkuk tu pun dah ok)
- Cermin kat sunvisor


erm apa-apa je lah...

Isnin, 16 Jun 2008

Claim rebet tunai RM625

Semalam aku pergi ke pejabat pos kat Tesco Puchong, punyalah ramai nak mampos. Aku mintak borang kat brader posmen tu pastu dia tanya roadtax bila hidup? Aku cakap la bulan May, baru lah dia bagi borang claim tu. Aku tengok nombor, pergh lagi 500 giliran lagi untuk aku. Ini macam bila mau siap. Lepas tu aku contact member kat Putrajaya... Dia kata kat sana tak ramai so aku terus gerak ke Alamanda. Pejabat pos kat bawah dekat ColdStorage.

Sampai sana dalam kul 3.50pm, ambek parking all done ambek no pukul 4.10pm... nasib baik aku ambek borang awal-awal sebab kat pej pos situ problem borang dah abis... kehkehkeh... memang bertuah la aku hari ni... tungu, lepak-lepak, lelap mata jap dalam pukul 4.40pm dah selesai....

duit tu nk buat apa ek?? aku rasa nak buat pasang tinted ray-tech la (voucher RM150) baki wat tambah modal nak pasang NGV... ekekek...

Khamis, 12 Jun 2008

Spoiler Saga Aku

Hari ni aku balik kampung sebab cuti dan lagi satu sebab spoiler yang aku tempah sudah siap. Seawal jam 9 pagi aku terus shoot pergi ke kedai aksesori kereta kat sg besar sebelah KFC tu.
Untuk sesiapa tak tau apa baca dulu kat sini ke kedai aksesori


bajet lubang dulu...


pasang sekali dengan LED spoiler tu ye tokeh



dah lepas pasang aku basuh pulak, first time basuh sejak aku dapat kereta nih
Luar, dalam, bawah - RM16




gosok jgn tak gosok




final version, siap tampal ElectroGlow Autobot lagi... malam nanti sure bercahaya...

Update : 11 Pm... nite for ElectroGlow Autobot

actual looks...


side view

Isnin, 9 Jun 2008

First service 1000KM

Aku telah menservis kereta pada 1089KM 5 jun 2008 di Pusat servis Proton Puchong Jaya (berdekatan ioi mall). Total servis RM 128.92, free labour cost sebab dapat voucher 1000km. detail aku akan update di bawah.


-oil filter RM15.91
-Gasket (Plug) RM2.15
-Screen wash RM4.86
-Syntium 800 15W/50 RM86
-Gear oil RM20

Next service 5 sept 08 atau 6089km yg mana sampai dulu

Saga BLM's simple troubleshooting

Aku compile sikit-sikit cara nak betulkan kereta nih... Tak perlula pg Service Center pasal hal kecik ni.


1.Alarm tak bunyi, cuma ada lampu saje

solution: kunci korang tu ada 2 butang tu, tekan 2 butang tu serentak ia akan mengaktif/deactivate silent function

2.Bila tekan alarm bunyi 5 kali, lepas tu pintu tak mau lock
solution: periksa pintu, bonet depan dan boot korang samada ada yang tak rapat. Lepas tu periksa boot belakang, pastikan ia terletak pada keadaan lock dan bukan free

3.Tetiba je bila bawak kereta lampu kat kepala korang on/off pastu indicator show pintu tak tutup rapat
solution: cuba adjust balik suiz kat bhg tepi pintu tu, kengkadang dia tak cukup tinggi so bila goyang time bawak kereta suis tu touching dan tak touching tu jd on/off tetiba tu

4.Indicator minyak sentiasa berada di paras kritikal walaupun aku baru je lepas isi minyak full tank... ish...

solution: cuba on/off 2-3 kali kereta tu (bukan start engine) kalau tak boleh juga bukak seat belakang yang bahagian bawah tu. caranya tarik ada 2 pulling string then ia akan release kerusi... pastu just refit balik sensor dia tu.... (nnt aku upload gambar)... kalau tak boleh juga hantar pada service center

5. 26 liter minyak bleh pergi berapa jauh??
Berdasarkan pemerhatian aku 26 liter (RM50 minyak rm1.92 seliter or RM70 minyak RM2.70 seliter) boleh pergi sejauh 326KM.... ada juga user mendakwa boleh sampai 450KM WOW (tak tau berapa speed dia guna huhu). Kalau tak dapat sejauh ni maybe belum pernah buat first service. As for me, aku rasa sebelum buat first service dah dapat jauh ni.

Rabu, 4 Jun 2008

Semua perkiraan dah salah...

damn! minyak naik sampai rm2.70 seliter dah la bagi tau berkuatkuasa serta merta, pukul 4 ptg baru tau. Apa cerita nih?? Petang semalam aku sempat mengisi full tank (RM50) masas balik kerja dalam pukul 2.50 petang. Masa isi minyak tu mamat pam minyak tu sengih-sengih je kat aku tak tau pula ada 'big news' lepas tu.

Catatan milage sebelum isi rm50 - 326KM

Lepas nih full tank berapa??
40liter x RM2.70 = RM108 (wah wah wah.... cilake ko bush, orang-orang main harga minyak) lepas ni aku nak ketuk kepala sesiapa yang kata harga minyak masih murah di rantau asia...

Ahad, 1 Jun 2008

Proton BLM start engine sound

Ini rakaman video bunyi start engine Proton Saga BLM yang sempat aku rakamkan. Bunyi terlalu senyap so kalau mau dengar kena pasang speaker kuat-kuat la.


Catatan Minyak Proton BLM

Setelah memakai kereta selama 1 minggu aku melakukan sedikit pemerhatian terhadap penggunaan minyak.

Tangki : 40 liter
Full tank : RM76 (minyak RM1.90)


1st time isi : RM67 - 419.2km
2nd time : RM47 - 312km
3rd time : RM45 - 306.9km
4th time : RM50 - 326km (INI LAST TIME DAPAT HARGA NI LEPAS NI KENE NAIK MOTO OR CONVERT NGV DULU) - updated 5 june 2008

Total Milage : 2010km updated 14 jun 08

Selepas kenaikan


RM40 - 180KM (what the hell??)
RM70 - 315KM (sebab dah pasang spoiler baru.... hehe )


overall untuk kereta aku ni 1 liter minyak boleh pergi lebih kurang 12 KM lah..

jarak pergi (buat pemerhatian beberapa kali) / Berapa liter minyak yang isi

contoh

RM 70 / RM 2.70 = 25.925 liter (ikut saranan KERAjaan roundup jadi 26 liter)

315KM / 26 liter = 12.11 KM/liter