Special Sponsor



Sabtu, 28 Jun 2008

addons : part 2

Tint Cermin


Petang semalam aku dah buat appointment dengan raytech tint. Hehe apasal kene buat appointment? sebab ramai orang sangat ke? Lepas tu tempat pulak tak berapa familier (aku jarang-jarang jalan2 so tak berapa tahu, tau jalan basic2 je) So lepas je balik kerja pukul 2 ptg aku pergi dulu jalan-jalan kat shah alam. Tetiba je aku ubah fikiran last-last minit buat kat aircool tint, seksyen 19.

Jenis filem warna silver kehitaman, Aircool classic silver series yang spec 54%vl 65%IRR 99%uv reject. Dua hari kereta aku ni berpantang dari membuka cermin, susah juga kalau nak bayar tol nih... Workmanship so far aku tengah buat observation, nanti aku update lagi.


update : 01 july 2008
setelah 2 hari berpantang, hari ni aku dah boleh bukak tingkap (no more open door at tol). quality workmanship aircool ni 4/5. cermin blkg, sisi semua gelap cuma depan cam cerah sket. Kalau tak pasang lagilah silau al-maklumlah Malaysia ni kan panas dan hujan sepanjang tahun.

Auto-lock door

Mulanya aku nak buat sekali function ni sebab kat kedai tint aircool ni jual sekali RM70 siap installation. Tapi selepas aku tengok kit wiring dia aku tak berapa berminat, nampak kurang kualiti. Metarial dari segi wayar pun dah boleh nampak. So aku cancel pasang function ni.

Tiada ulasan: