Special Sponsor



Khamis, 30 Disember 2010

Dah besar tapi otak takde

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Hanya kerana kereta mewah miliknya terkena ludah, seorang lelaki bertindak kejam membelasah seorang kanak-kanak berusia enam tahun sehingga mangsa parah dan terpaksa dimasukkan ke hospital selama empat hari.

Kejadian menyayat hati itu berlaku kira-kira jam 4.30 petang Ahad lalu, apabila mangsa, Solihan Ramzan, secara tidak sengaja meludah sisa makanannya dari rumahnya yang terletak di tingkat satu bangunan rumah kedai di Jalan Batu Belah, Jalan Ipoh, di sini.


Bapa saudaranya, Mohd Amir Salamatula, 43, berkata ludahan Solihan itu terkena kereta BMW milik lelaki berusia 30-an itu yang diletakkan di tingkat bawah.

“Melihat perbuatan anak saudara saya menyebabkan keretanya kotor, lelaki itu terus masuk ke dalam rumah lalu membelasahnya sehingga nyawa-nyawa ikan.


“Ketika kejadian hanya ibu Solihan berada di rumah, namun dia tidak sedar kerana sedang tidur di dalam bilik. Mujur ibu saudaranya yang tinggal berjiran menyedari kejadian itu dan segera merayu lelaki itu menghentikan perbuatannya,” katanya.


Bagaimanapun, kata Mohd Amir, rayuan itu tidak dihiraukan malah seperti dirasuk dia terus membelasah Solihan sehingga lembik.

“Tidak tahan dengan perbuatan lelaki berkenaan, saudara saya menawar diri supaya dia dibelasah dan Solihan dilepaskan, namun usaha itu juga tidak berhasil.


“Selepas Solihan lembik dan muntah darah, barulah lelaki itu melepaskannya dan meninggalkan rumah,” katanya yang datang ke pejabat Harian Metro di sini, semalam.

Mohd Amir berkata, ibu Solihan yang menyedari kejadian itu terkejut apabila melihat anaknya berlumuran darah dan segera membawa kanak-kanak itu mendapat rawatan di Hospital Selayang.


“Solihan berada di hospital itu selama empat hari selepas doktor mendapati ada darah beku di kepalanya dan matanya juga rosak. Dia baru dibenarkan pulang petang ini (semalam), namun perlu mendapatkan rawatan susulan untuk pemeriksaan mata pada Sabtu ini dan darah beku di kepalanya pada 28 Februari depan,” katanya.


Menurutnya, laporan mengenai kejadian itu dibuat di Balai Polis Jinjang pada 26 Disember lalu.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan yang dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.


Elok kene penjara je, apa la BMW je pun bukan mahal.. kalau pergi carwash auto baru rm3, kalau carwash manual baru rm6++ dari meringkuk penjara.. haih sekarang ni ramai yang "ada duit" tapi takde otak... Otak dia saraf dah putus kot...


Rabu, 15 Disember 2010

Gambar customize saga FL dan Espire (Tuah)

Jumaat lepas masa balik kerja aku dan kwn2 g PWTC nak tgk KLIMS 2010 nasib baik pameran bukak sampai pukul 10malam. Memang menarik gak pameran kali ni. Tapi agak sayang 5 orang pergi takde sorang pun bawak kamera, bateri handphone pulak dah habis masa tu.. hahaha

Ada cabutan bertuah grand prize toyota prius dan 2 bijik saga blm. Kalau tangan aku bertuah leh la dapat sebijik kete.. hahaha

Ni la buah gambar yang aku sempat print proton espire (TUAH) dan saga FL yang dah di customize ikut selera aku.


Saga FL dilancarkan hari ini


SHAH ALAM: Proton Holdings Bhd mensasarkan menjual 6,500 unit sebulan Saga Facelift (Saga FL) yang baru dilancarkan, kata Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.


“Saga sudah berada dalam pasaran lebih dua tahun dan dengan model yang diberi wajah baharu ini yang menawarkan ciri-ciri lebih menarik, saya rasa 6,500 unit adalah nombor yang realistik untuk dicapai,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Saga Facelift, di sini, hari ini.Sejak pelancarannya pada Januari 2008, beliau berkata Saga meningkat ke kedudukan kedua model terlaris di Malaysia dengan jualan purata bulanan 6,200 unit.

Pada Oktober, beliau berkata Proton menjual kira-kira 204,150 unit dan menerima 245,030 tempahan.

Saga Facelift baru itu tampil dengan dua varian, iaitu, 1.3 Standard dan 1.3 Executive, kedua-duanya dalam transmisi manual dan automatik.

Syed Zainal Abidin berkata 1.3 Standard manual berharga RM37,998 manakala 1.3 Executive automatik berharga RM43,298.


Saga Facelift itu tersedia dalam enam warna dan menampilkan reka bentuk dapra baharu, tukup, lampu puncak, gril depan, bampar depan dan belakang dan cermin sisi yang menggabungkan isyarat LED.
Model eksekutif, antara lainnya, menampilkan lampu kabus depan tambahan, rekaan baharu keluli aloi, spoiler belakang dan acuan pelindungi sisi bagi menjadikannya ia kelihatan lebih sporty. – BERNAMA

maklumat lanjut spec dan sebagainya rujuk : saga facelift

p/s : rasa dah habis generasi pertama, datang generasi ke-2 pulak. Aku dah sedikit malas nak update blog ni, kereta masih dalam keadaan sihat dah hampir clock 90,000km hari ni. Harap lepas ni proton terus maju dari company automotive yang lain.

source : paultan, BERNAMA, blog prodas, blog funtastickodesign

Ahad, 5 Disember 2010

Enjin campro CFE Turbo ditunjukkan di KLIMS 2010




*update 10/12/2010 baru g klims tadi.. org booth proton tu cakap cfe ada vvt kt enjin tu

Sedikit info mengenai campro CFE turbo ni kat slide gambar



Torque bagus tu kat rpm 2000-4000 mesti seswai tuk daily use.





Info dari blog campromania dan juga ni forum.lowyat.net . Enjin ini dipamerkan semasa pameran Kuala Lumpur International MotorShow 2010

saga R3 concept





Menarik dan tertarik sungguh bila nak open tempahan nih.. huhu



Lawa rim depan blkg pakai disc break ni mesti laju ni



Ekzos dan diffuser i likeee

Saga BLM facelift dah launch

Dilancarkan semasa Thai Expo, kat Malaysia pun dah dilancarkan beberapa hari nih (update terbaru : dilancarkan di malaysia pada 15 dec 2010). Gambar-gambar kebanyakannya dari blog paultan.org, dan koleksi sendiri kawan2 bagi. Harga naik rm1000- rm1300 utk trim standard dan executive , Premium spec ada ke??







2 warna baru :



* Blue rock
* Caffe latte

penambahan :
* grill depan baru


* lampu baru dengan redesign semula signal kt tengah


* side mirror LED
* LED lampu belakang


* 4 Power windows
* 2 SRS airbag (driver and passenger)
* new sport rim design
* improved rear spring (bawak ramai2 takde la terjongket lagi.. huhu)


* radio with USB and AUX input


* Audio steering control


* reverse sensor yang improve vertical dan horizon detection
* fabric seat baru design lagi lawa


* Gambar kabin yang baru

* Brochure spec saga FL


Proton Kasturi concept by proton design during KLIMS 2010



Saga EV UTM dan Proton










Ini adalah Saga EV yang dibangunkan secara usahasama antara Proton & Universiti Teknologi Malaysia (UTM) selama 11 bulan. Seramai 20 orang tenaga kerja yang telah membangunkan projek ini, 10 dari Proton & selebihnya dari UTM yang terdiri dari pensyarah, pelajar serta juruteknik dari Power Electronics and Drives Research Group (PEDG) Energy Research Alliance, yang diketuai oleh Professor Dr Nik Rumzi Nik Idris. Gamba dan maklumat lanjut layari paultan.org