Special Sponsor



Memaparkan catatan dengan label Proton saga BLM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Proton saga BLM. Papar semua catatan

Rabu, 1 Oktober 2014

Last post sini

Selamat jalan kepada kereta saga yang banyak berjasa. 6Tahun berkhidmat penuh cemerlang, kini masanya untuk aku melepaskanmu kepada tuan baru. Untuk makluman kereta aku ni telah berjaya dijual  pada bulan mei 2014 tadi. Alhamdulillah semoga tuan baru menjaganya.

Aku jual sebab 'upgrade' sikit keluasan kereta, segmen masih sama B-segmen. Logo je tukar kepada huruf H.


Ni antara beza kereta baru dan lama.
















Dapat kereta terus pam ron95 nak biasakan pakai minyak baru naik. So far ok la rasa ringan je respond dia.




Sekian,  Tamat

Jumaat, 28 Februari 2014

tukar clutch plate

Setelah 6 tahun aku pakai kereta sampai la waktu clutch manual kereta ni dah perlu ditukar. Sebabnya bila naik jalan tinggi sikit contoh naik bukit bunyi meraung tapi kereta tak 'pergi' sangat. Jadi aku ke bengkel stage3 automotive (link facebook) . Bengkel ni ok cuma kereta customer banyak sangat jadi terpaksa tinggal kereta kat situ untuk beberapa hari.

Clutch original sebelum ditukar

 Clutch baru Exedy SR20 model sebab gbox BLM/FL manual saja pakai aikikikai (nissan) kalau flx dah pakai gbox getrag (ford rasanya). Kira kacuk nissan+mitsubishi la n



Original plate (gambar google internet)


pressure plate  juga tukar amik model mitsu 4g model (kata pomen stage3 la).

Lepas pasang ok la cuma minyak mcm kuat dari sebelum ni. Bawak pun sedap (sbb barang baru tukar kan). Untuk rujukan sesiapa nak tukar original proton boleh rujuk harga proton part disini PW812038, PW812037 

Ahad, 18 Ogos 2013

Keep track your car's Fuel Consumption online


Tahukah anda bahawa anda boleh mencatit FC kenderaan anda, dan share pada user seluruh dunia di http://www.fuelly.com/car/proton/saga atau buka sahaja browser pada telefon pintar anda di m.fuelly.com login dan update sahaja lepas siap isi petrol.























Ini adalah contoh setting kat account fuelly aku, aku pilih Trip Miles (or KM) supaya lagi senang dari pakai odometer agak payah nak ingat beratus2 KM total milleage kereta.


Jumaat, 17 Mei 2013

Tukar tayar dan servis

Dah agak 3 tahun juga tayar yg aku pakai skrg ni. Harini kebetulan cuti jadi tukar satu set depan belakang goodyear nct5 (bajet ciput tak mampu nk angkat continental lagi..haih). Kat kedai tu kena racun dengan pekerja dia terpasang sekali spring sport brand konwa dari jepun tulisannya.

Oh lupa tukar bearing belakang kiri kanan sbb dah tak elok, lepas tu tukar minyak hitam castrol magnatec 10w-40. Huh rabak wallet.. pst : cepat2 tukar sebelum cukai GST implement.. hiks

Ahad, 16 Disember 2012

Battery dah habis

Akhirnya pada pagi 15dec2012 tadi bateri kereta aku dah habis setelah hampir 2tahun 7bulan berkhidmat dengan cemerlang. Bateri sebelum ni yang aku beli bulan september aku dah bagi kt mmbr aku pakai vios sebab kebetulan masa tu bateri dia habis dan waktu weekend. So lepas tu dia ganti dengan bateri baru panasonic.

Nak jd cerita bateri (panasonic) tu aku tolong jumper pulak kat kereta saga flx adik aku 3 minggu lepas, kereta dia gagal dihidupkan sebab bateri lemah. Lepas 1 hari cubaan menghidupkan kereta beliau gagal, terpaksa panggil pomen eon datang rumah lepas diorang start dekat seminit baru hidup. Kata pomen sebab flx adik aku auto dan masa mati mungkin banyak minyak yg tak terbakar. Begitulah kisahnya, tapi takde issue pun dah lepas ok bapa aku tolong belikan bateri baru untuk adik aku tu. Tapi aku lupa pula nak masuk balik bateri panasonic tu dalam kereta aku, last2 tinggal kat kampung je.

Berbalik pada kisah kereta aku, lepas jump start hidup, balik rumah dari kilang tempat keje, off semua lampu dalam kereta, alarm pun tak guna pakai kunci manual. Petang lepas puas berehat sebelum nak pergi kerja crank sekali hidup pulak. Tapi bila tengok kat indicator battery warna merah ada sikit putih. Normally hijau, untuk selamat aku pergi kedai spare part kereta dalam bbrp km dari rumah dan ambik pula bateri sel basah jenis century. Harap tahan lama la brand ni. Tapi aku tak berapa suka sel basah sebab senang kotor ruang plet besi bawah bateri tu.

Jumaat, 24 Februari 2012

Tukar brek shoe drum brake


servis kat bengkel 'bawah pokok kelapa' je.. kereta dah abis warranty.. ewp tkde..

malam semalam (22/2/2012) nak g keluar makan tetiba tayar kanan belah belakang melekat. Hand brake dah turun, pagi ni bwk foreman dtg rumah dia adjust bnda pastu ok dan bawa g bengkel dia. bila buka tengok lining brek dh nipis sangat dan maybe ssmlm sangkut sbb tu.






Bila belek-belek balik post sebelum ni: servis ketatkan brek belakang last aku service ketatkan handbrake adalah pada bulan 7 2011 masa tu ketebalan brake shoe tinggal dalam 40% je dan anggaran pomen sc proton cakap boleh tahan dalam 5-6bulan lagi. Dan pada hari tersebut tukar lining brek masuk upah rm75. milleage baru 117,600km. 4 tahun.

Miliki proton saga anda

Saya ada menerima email ini pada beberapa hari lepas. Ia adalah kerjasama pembiayaan hire-purchase antara bank Maybank dan Ambank dimana kadar interest 3.5% tahunan selama 9tahun pada 90% jumlah pinjaman (d/payment 10%). Tawaran ini sah sehingga 15 Mac 2012.



sila klik atau save gambar untuk penglihatan lebih jelas

So pada pandangan saya skim ini sesuai untuk mereka yang inginkan komitmen yang rendah pada awal 1-3tahun pertama memilikan kereta dan seterusnya meningkat (sila lihat jadual pembayaran). Dan pada tahun terakhir jumlah pinjaman sedikit agak sedikit lega sebab blh simpan sikit untuk downpayment kereta baru. Cara terbaik adalah loan kereta jgn lama 5@7tahun dengan downpayment 30%, so cepat sikit habis bayar tak gitu.

Sabtu, 21 Januari 2012

m3 style saga blm

cantek bumper dengan lampu tu.. Dah keluar ke lampu depan macam bmw m3 ni??.. huhu



Rabu, 21 Disember 2011

aktiviti hujung tahun

Sekejap je kan dah hujung tahun 2011 bakal meninggalkan kita. So hujung tahun ni tak banyak aktiviti dilakukan, selain dari kerja, kerja, kerja, lepak, lepak ; nak tunggu petang hujan lebat pula. Ni nk cerita bbrp mggu lepas tak silap 8 disember kot, pagi tu hujan kaw-kaw lebat sampai ke petang dalam jam 2petang. Jadi time aku nak g kerja petang tu bila start enjin je tetiba lampu paip kuning (engine check) pop up menyala. Aku pun biasa-biasa je la sebab dah monitor suhu, idling, rpm sebab dalam keadaan normal.


gambar engine check menyala

Jadi keesokan harinya lepas sembahyang jumaat pergi lah aku ke sc kat taman medan bila pomen cucuk pdt kt ecu dia baca warning code sebab brek switch faulty. Kelebihan kalau kita diagnose dulu warning light ni supaya kita tak de la ganti barang-barang elektronik yang tak rosak. Mcm ada kes kt myvi kawan aku engine check ni menyala gak bila diagnose rupanya 02 sensor myvi 2007 dia problem.


autodoor lock yang aku pasang bbrp bulan lepas.. sorry tk update dalam ni

Bila jadi benda ni aku kena hati-hati la sebab bila start enjin je autodoor lock terus lock pintu, lampu brek belakang sentiasa menyala tapi dalam keadaan dim (malap) bila tekan brek dia terang macam normal, bila on lampu makin terang.


Jadi dah selang beberapa mggu baru la tadi aku sempat pergi part center shop kat shah alam beli bende ni. Harga dalam rm21 je





Ok dah lepas tukar barang switch stop lamp dgn mentol 3rd brake light semua kembali normal



Suis yang faulty beserta mentol yang dah burn..

Khamis, 21 Julai 2011

PANASSSSS : keluarga saga baru, saga FLX



Panas, hangat.. haha.. spyshot terbaru saga flx yang khabarnya dilancarkan tidak lama lagi. Gambar dari blog funstactickodesign, bro campromania, prolever pinjam ye.. untuk lebih berita lawati blog beliau disini


standard tp warna gold ni pun nampak sangat cantek


reflection tinggi sangat mcm factory tint pnye cermin je..

Saga FLX ni dengar khabar didatangkan dengan kekotak gear CVT 6 kelajuan beserta enjin campro iafm, dilengkapi dengan system brek ABS.. yeeee ABS EBD sound delicious juge. Juga terdapat pilihan warna baru, gold macam gambar di atas.


update : gambar dari fb prosboc...



console gear, kelihatan seperti ada butang function apa tu? tekaan aku mungkin nk bagi feel dia gear change mcm auto biasa ataupun sport mode, eco mode??



meter ada sedikit perubahan design, yg display tu ada orang cakap S bukan 5 sbb cvtnye 6 speed. Dalam masa yang lain pula rpm idling rendah sekitar 600rpm kalau kete aku idling dalam 900rpm mungkin dah tune lebih kot engine ni.


gambar meter terbaru, cilok dari blog arena kereta. Sebelah kanan dekat meter kelajuan tu ada logo esp on/off.. tp mengikut diorang maybe future function, sekarang takde lagi.


ruang enjin, sama mcm saga blm/fl cuma ada bnyk komponen baru kat situ camni la best.

Ahad, 10 Julai 2011

servis ketatkan brek belakang

Akhir jun lepas tak silap aku time parking kt bukit cherakah aku tarik handbrek sampai atas pun terasa berjalan sikit keter. Hari isninnya kebetulan tengah cuti so aku bawak la kat sc mintak pomen2 tgkkan, walaupun bukan time servis minor lagi tapi bab-bab brek dan tayar ni sensitif sikit.


Pada awalnya aku ingtkan dh kene tuka brekped sbb milleage pun dah 10x,xxxkm dh ikut logik maybe dh haus la kot. Tapi setelah diperiksa pomen cakap blh tahan lagi so dia just servis sikit, cuci2 dan adjust handbrake.



brake shoe setelah dibuka, servis, cuci.. nampak berkilat2 kan.. huhu. Upah buat dalam rm30. Skrg tarik 1-2 klik pun dh kaw2 melekat.

Rabu, 25 Mei 2011

saga fl executive 1.6 dilancarkan



sudah bertambah keluarga saga ni.. huhu
harga dari rm46K auto sahaja dan putih sahaja

interior ada sedikit beza pada aircond outlet, center panel, handle pintu bahagian dalam, dan pada badge bulat di stering berwarna dark chrome


untung la lepas tu leh masuk cps sekali.. x silap ada terbaca masuk cps dalam rm2500 dengan menukar brg2 ni siap upah.
  • Head CPS
  • Intake manifold CPS (with VIM)
  • Cable Plug
  • Injector
  • Engine Wiring
  • ECU
  • Fuse box
  • Front cage
  • Radiator Piping
info dari blog gen2.net : http://blog.gen-2.net/campro-to-campro-cps-conversion/

Khamis, 19 Mei 2011

saga fl phase 2?

oh terujanya bilakah pelancarannya?? idea iafm plus dan kotak gear cvt amat menarik
info lanjut blh lawat funtastickodesign dan cari forum



Rabu, 20 April 2011

birthday wishlist

sedar tak sedar dah masuk 3 tahun berkereta dah macam-macam kenangan bersama dah dengan kereta aku ni. So far kereta masih gagah kacak meluncur dijalan raya :D

okeh oleh sebab dah lama x update ni la apa yang dah jadi kt kereta aku.

25 feb 2011 tukar tayar baru 4 set brand continental sport contact 1..
size 195/50/16 88v XL tayar lama made in china dah keluarkan bnyik berdengung bila check2 getah tayar dah keras, dah hampir botak. so wajib la tukar 4-4 biji.





tayar2 penah pakai sblm ni
goodyear ducaro GA 13'
falken 522 15'
falken 912 15'
hero milanza 16'

dekat 1k gak abis tapi ok la sbb tayar ni lagi senyap dari sebelum ni.




wax full body dah buat sebelum tuka tayar lagi, tapi kesan2 tar, calar2 still ada lepas wax cuma warna cat nampak naik semula la, aku buat kt kampung je wax dgn basuh rm40. Agak berbaloi jugak walaupun bende nampak remeh tapi kalau kereta kite pakai 5-6 tahun buat bende ni cat still cantik kira investment gak tu. Nak wax mahal ada jugak dalam 600-800 warranty 5 tahun tapi tak mampu pula.. hehe..



ngv set dah bukak - rujuk ngv service, masuk ngv . Dah selamat dibuka pada 21 jan 2011 dan dijual pd buyer. Sebab aku rasa makin lama guna kereta ni makin jimat plak, kalah kancil adik aku.. Aku pulak sekarang ni mmg memerlukan tempat boot yang luas teramat sangat untuk aktiviti aku sekarang ni so memang tepat la decision aku buat tu.


Insya-allah kalau ada rezki maybe kot2 dapat offer toyota prius or honda insight.. Nak cuba pakai juga. nk compare dgn fc yang aku dapat sekarang ni. Dengan cara pemanduan aku sendiri bukan main slow 40kmph bagi motor hybrid bergerak.. hehe.. kalau jimat leh la bg adik aku saga ni, kalau hybrid tak mampu saing2 saga aku sekarang jual je le.. Tp dalam 5-6 tahun kne standby duit tuk tuka battery pulak :D :D


tq buyer ! :D


roadtax stiker prosboc dah pasang ! tq2 kat Prosboc SBG crew, dan prosboc sbb mmg cun gilessss


22may tarikh 'lahir' kereta ni .. huhu..

Wishlist bday kereta :DDD:
1. enjin mits. colt/mivec ck dah cukup la.. hehe

Kalau dapat orang nk blanje aku enjin ni mmg best lah.. *fyi ni gambar dalam facebook orang lain bkan kereta aku.. warna je sama.. huhu

2. dashboard mivec ck + complete wiring

complete beb, manual lagi, digital aircond, retractable side mirror a.k.a side mirror auto flip.. nice..*fyi ni gambar dalam facebook orang lain bkan kereta aku.. warna je sama.. huhu

3. custom door trim utk fit dashboard mivec ck..

*fyi ni gambar dalam facebook orang lain bkan kereta aku.. warna je sama.. huhu
kadang2 aku terfikir gak saga blm ni saga boleh letak mivec kot...

4. rim 16 inch R3 :D :D



rim ni walaupun org cakap tengok lama2 bosan tapi bg aku tetap jadi pujaan hati.. huhu


Itu la wishlist aku. Harap2 tercapai :)

Sabtu, 26 Mac 2011

LED tail lamp 2011 (V3)

Selak2 dalam mudah.my dan facebook terjumpa gambar ni orang tagged kt member2 prosboc.



Wah menarik tertarik ni, design pun cun. Bila nak pasang nih...


related : head lamp, led tail lamp V2
led-tail-lamp V1

Khamis, 3 Mac 2011

Saya mahu itu bumper R3!!

Design bumper depan En kamarul xy (nama glemer dalam blog paultan) telah membuatkan hati aku tak tenteram melihat kereta beliau yang kacak sungguh. Di tambah pula dengan set rim sukan R3 memang superb.


bumper standard + bumper R3 satria neo yang di customkan/sambung. Yang best sebab grill semua part plastik bkn grill net biasa di tambah plak dengan front splitter.. perghh dengar cite dia kata kos custom ngan barang2 dalam 500 tak masuk cat.. Teringat pulak kat bumper lama aku dulu 1, 2.



cair beb... huhuuhu


perfect dari segala sudut..



kalau keluar bumper oem/abs/pu kt kedai mmg blh beli ni.


Rim original R3, boleh didapati kat kedai R3 atau cari kat kedai tayar bridgestone mcm en kamarul pnye ni .


Saga SE, skirt belakang dah modified sikit letak paip ekzos, just nice :)



Spoiler R3


Emblem Tuned By R3