Special Sponsor



Memaparkan catatan dengan label service. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label service. Papar semua catatan

Jumaat, 28 Februari 2014

tukar clutch plate

Setelah 6 tahun aku pakai kereta sampai la waktu clutch manual kereta ni dah perlu ditukar. Sebabnya bila naik jalan tinggi sikit contoh naik bukit bunyi meraung tapi kereta tak 'pergi' sangat. Jadi aku ke bengkel stage3 automotive (link facebook) . Bengkel ni ok cuma kereta customer banyak sangat jadi terpaksa tinggal kereta kat situ untuk beberapa hari.

Clutch original sebelum ditukar

 Clutch baru Exedy SR20 model sebab gbox BLM/FL manual saja pakai aikikikai (nissan) kalau flx dah pakai gbox getrag (ford rasanya). Kira kacuk nissan+mitsubishi la n



Original plate (gambar google internet)


pressure plate  juga tukar amik model mitsu 4g model (kata pomen stage3 la).

Lepas pasang ok la cuma minyak mcm kuat dari sebelum ni. Bawak pun sedap (sbb barang baru tukar kan). Untuk rujukan sesiapa nak tukar original proton boleh rujuk harga proton part disini PW812038, PW812037 

Jumaat, 17 Mei 2013

Tukar tayar dan servis

Dah agak 3 tahun juga tayar yg aku pakai skrg ni. Harini kebetulan cuti jadi tukar satu set depan belakang goodyear nct5 (bajet ciput tak mampu nk angkat continental lagi..haih). Kat kedai tu kena racun dengan pekerja dia terpasang sekali spring sport brand konwa dari jepun tulisannya.

Oh lupa tukar bearing belakang kiri kanan sbb dah tak elok, lepas tu tukar minyak hitam castrol magnatec 10w-40. Huh rabak wallet.. pst : cepat2 tukar sebelum cukai GST implement.. hiks

Isnin, 17 September 2012

tukar suiz pwr window


Harini tetiba suiz pwr window tak leh tekan turun bawah dia macam sangkut kat suis. So g kedai spare part kat glenmarie , tukar suis bersama beli fuel pump.. yg fuel pump tu sbb nk ganti sensor minyak asik turun naik tak accurate (kadang2 ok kadang2 k.o.). Nasib baik ada kedai buka time cuti ni.

total kerugian suiz = rm60
fuel pump = rm180 (aku request yang oem tapi tokey cakap yang ni pun ok. warranty 3 bulan je)



Dah lepas pasang browse page fb jual beli 'pasar borong prosboc' terjumpa pulak ada orang jual lagi murah kat sini .. takpe dah terbeli len kali kena check price dulu.. heheh

Khamis, 1 Mac 2012

FLX second service.

In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

***

Second service for FLX, 5000 km.

Buat kat Proton Service Centre (Sin Siang Hin) kat Taman Midah, Cheras.

OK la service kat sini, puas hati. Staff dia friendly. And dapat free car wash luar dalam :)

Engine Oil Shell Helix HX7 -- RM110.00 (harga baru ni, sebelum ni RM107 naik RM3 semalam)

Oil Filter BLM -- RM 12.22

Gasket -- RM3.32

Total after discount -- RM124.00

Rabu, 30 November 2011

Servis FLX

First time servis FLX.

Milage: 1173 km
Service labour: FOC for 1st, 2nd and 3rd

Parts:-
Shell HX7: RM107
Oil fiter: RM12.22
Drain Plug Washer: RM3.32
Screen Wash: RM5.71
Misc: RM2

Total: RM130.25

Paid: RM130.00

Ahad, 10 Julai 2011

servis ketatkan brek belakang

Akhir jun lepas tak silap aku time parking kt bukit cherakah aku tarik handbrek sampai atas pun terasa berjalan sikit keter. Hari isninnya kebetulan tengah cuti so aku bawak la kat sc mintak pomen2 tgkkan, walaupun bukan time servis minor lagi tapi bab-bab brek dan tayar ni sensitif sikit.


Pada awalnya aku ingtkan dh kene tuka brekped sbb milleage pun dah 10x,xxxkm dh ikut logik maybe dh haus la kot. Tapi setelah diperiksa pomen cakap blh tahan lagi so dia just servis sikit, cuci2 dan adjust handbrake.



brake shoe setelah dibuka, servis, cuci.. nampak berkilat2 kan.. huhu. Upah buat dalam rm30. Skrg tarik 1-2 klik pun dh kaw2 melekat.

Selasa, 12 Oktober 2010

tuning ecu kete

semalam aku cuti, kebetulan geng2 prosboc dari penang dtg sini so diorang calling2 ajak lepak kt dori2 autowork kat shah alam batu 3 (masuk dari kiri ada kilang gula csr 2 trafik light pastu masuk kiri yg macam ada terowong tumasuk situ sampai kt area banyak bengkel2 dgn kedai.. kedai dia warna merah). Geng2 prosboc putrajaya, pkb dan sac pun datang juge . Gile gempak kereta2 yang datang semalam, ada saga blm campro turbo boost 1.1 bar, yang NA pn ada.

ni antara aktiviti yang dijalankan kat sana..




tuning rm40 siap adjust throttle controller kat kaki. ada jgk yang tukar cam pulley, crank pulley, buat balik throttle body kasi 'ringan' dll. rekemen bengkel ni sbb best, cuma yang kureng sikit sbb kurang bangku utk customer yang datang.. huhu

Isnin, 7 Jun 2010

bateri kereta dh abis

Pagi tadi kul 6am time nk balik keje aku start enjin, 2 kali start baru hidup selalu 1 kali start je dh hidup, itupun bunyik lemah gemalai je.. Aku dah agak dah bateri macam nak kong, tapi ingatkan leh tahan 2-3 hari lagi. Tapi tadi tgh hari aku turun bawah rumah nak balik kg, start2 tak idup, then alarm menjerit2.. haha.. Aku call housemate aku kt atas rumah, dan kitorang g carik bateri.

gambar : lepas pasang bateri, aku g bwk kt kedai suh tokey periksa volt bateri pakai multimeter

servey area2 damansara jumpa la kedai jual bateri size NS60 10 plet free maintainance battery (bateri lama 9 plet menurut tokey tu).. RM155 siap trade in bateri lama rm10 lagi. Angkat bateri tu, then bwk g umah sewa aku, pastu kitorang mempomen kereta. Nak bukak bateri kong, memula tarik positif terminal dulu, pastu baru tarik negatif terminal bateri.. bukak, masuk bateri baru pasang positif dulu, pastu dgn cuaknya aku letak negatif terminal.. ada sikit spark apa lagi alarm menjerit2 la.. Pengalaman menukar bateri first time.. DIY tu.. hoho.. Kat atas bateri kereta ada indicator, hijau tanda ok..





So bateri lama tu tahan 2 tahun 1 bulan je (tak masuk time kereta tersadai kt kilang proton sblm aku ambek).. Nasib la labuu.. hoho..

Lepas tukar bateri

Disebabkan aku tukar bateri aku cabut terminal dia so everything reset jam kat dashboard, radio, semua reset. So kene la mencarik semula channel2 radio, setting preset bass, mid, treble, subwoofer level kat radio. Jam digital pada dashboard pun kene set semula. Kwn aku cakap dia tukar bateri time on enjin, aku tak sure method dia cam mana so everything time dia tukar bateri tu tak reset la.

Sabtu, 2 Januari 2010

Signalku tak berfungsi

huhu apalah nasib, lepas 1 januari sedar2 je time bekpes turn signal dgn hazard light aku tak idup.. sebelum tu aku ada main2 dgn suiz hazard light tengah2 tu... dah la ari ni sc proton tutup...

esoknya aku g sc proton... bawak kat sana, rupanya memang suiz first batch yang logo besar tu problem dan nasib baik dapat ganti suiz baru..



problem settle..

p/s : lawa tak kenwood hu baru aku angkat tu? model 2007 pnye tapi cun woo.. bila enjin off muka depan blh bergerak tutup, ada motor la...

Rabu, 2 September 2009

Service ngv kit

Hari ni aku takde wat apa2, aku g bengkel installer ngv aku buat bulan 10 2008 ari tu. Aku datang saja nk service memandangkan ngv kit aku under warranty lagi. Lagipun rasa kereta cam berat je kalau nk pergi and then idling kadang2 lari.

After sales service bengkel installer tu memang superb, worker dia sanggup troubleshoot problem idling aku... lagi satu bila lama2 pakai ada bau kurang menyedapkan kuar lebih tepat lagi bau cam bau silikon hangit...


setelah duduk bengkel 1 jam masalah dikenalpasti. Diorang cuci throttle body dgn mixer ngv aku... bercarbon beb, hitam... lepas cuci bersih berkilat krum... pasang balik barang2 start enjin cam biasa la, sblm dgn selepas takde perubahan tapi bila aku test drive lancar je enjin macam enjin baru.



Stiker ngv bersize comel juga dilekatkan pd bumper depan custom aku... sbb stiker lama kat bumper lama... nk tanggalkan dah tak leh sbb gam kuat sgt... huhu

so, apa yang Encik Bob Prosboc (ketua zone SAC) cakap betul la... enjin ni kalau throttle body kotor idling jadi tak betul.... tp tak effect performance sbb idling tu kan semasa kereta berhenti, paling tinggi pun idling naik sampai 1200rpm, lepas cuci menten 850-900 rpm.. BTW milleage aku td 50K +++ KM... kos cuci murah jer..

Selasa, 28 Julai 2009

tukar tayar


semalam aku pergi tukar tayar 2 bijik. Tayar lama aku bawak pg belakang, tayar baru masuk depan. Masa cek sport rim nampak sangat rim aku dah bengkok sikit, sebab rotation kat mesin tu tak smooth.... aku ambek falken ziex 912 195/50/r15... Tayar sebelum ni not bad la.. aku kene tukar gak sebab mileage aku dah 46,000 KM tayar tu dulu 2nd hand, manakala yang depan baru (falken ziex gak). so Bila dah masuk yang ni kira 4 tayar aku falken la.



total kerugian rm390.. (valve tube, alignment, balancing, skru nut sebelah kiri, orang bengkel kata nk adjust)

Rabu, 27 Mei 2009

seharian kat bengkel



2-3 hari ni la aku sakit telinga disebabkan bunyik brake pad aku dah abis, kira bunyik besi la. So dah tak tahan lepas je lunch hari ni aku bawak g bengkel. Hari ni seharian aku melepak bengkel kat area umah aku. Semalam aku pergi proton part center glenmarie shah alam, beli spark plug, bellow box air filter dan beberapa barang lain.

kira hari ni aku tukar 3 barang la... dalam kul 6 lebih baru siap, tapi mmg puas hati rasa cam segar balik kereta aku ni.



ni airfilter nye kotak da pecah, pecah bukan aku buat tapi lepas je g ada bengkel tu(tak mau sebut maybe dia x perasan terpijak/langgar kotak aku kot...), tau2 je da pecah sikit.. effect gak performance kereta aku.. bila da tukar rasa cam power sikit... kalau pakai open pod lagi power kot.. hehe




kotak air filter baru.. beli kat proton part center. blh tahan gak harga dia tapi x mahal la.. layan jer la asalkan ori..



cover dgn kotak air filter lama dah cabut.



masuk spark plug baru size 1/16.




Brake pad baru, sementara tunggu bila aku dah masyukk... Projek best, nak tukar brake disc belakang.. Fyi member2 yang dah tukar blh pakai wira 1.6/1.8 , Toyota s.e or seg, honda accord lama. Nk kene g halfcut servey2 ni.. hehe



offtopik: x de kaitan pun... kereta abg ipar aku kat bengkel ni gak, tgh memonsterkan enjin supra ni.. depan volvo, belakang supra.. so nk kasi adjust kasi 2-2 ngam (dulu volvo ni pakai ngv + enjin supra ... pastu ngv kit dah bawak pindah kereta lain...)

Selasa, 20 Januari 2009

Bawak pergi SC : rear drum panas

2 Hari lepas aku perasan bau hangit kat rear drum brake aku. So pagi tu aku buat appointment kt SC terdekat dgn rumah aku. Kene tinggal la pulak kt sana sebab orang SC kata vendor nak cek...



Update: isu settle, disc cengkam... re-adjust lepas tu suiz power window 1 set tempat driver dah tukar.... rasa cam best je...

Ahad, 14 Disember 2008

Service 20,000KM

Just done my 20k KM service yesterday at eon authorize service center. I bring my own engine oil, Petronas Full Synthetic 3000.


odometer : 22, 323 KM
Next Change : 32, 323 KM

Total Cost : RM75 ( excluding engine oil because i bought it cheap from friend :p )

Jumaat, 28 November 2008

Addons : Part 7

Disebabkan tank ngv aku kt belakang seberat 50KG beserta woofer box dan barang2 lain di bonet belakang maka ketinggian belakang kereta aku lebih rendah berbanding depan. Kebetulan pula en. Apis telah menukar pelapik getah oem dengan pelapik getah kereta perdana. Ketinggian pelapik getah p.perdana agak jauh berbeza sebab lagi tebal dan bergerigi keluar berbanding oem saga blm yang gerigi masuk dalam (female).



Bahagian bawah di jack dahulu sebelum spring dan absorber boleh dibuka




Ni kereta pemilik en. kamarul... lawa stiker... hehe



Ni pelapik oem saga blm



Ni pula pelapik getah p.perdana... notis x lagi tebal?


Now bunyik kengkadang "ngek... ngek" semasa berhenti dan menarik handbrake sudah hilang... video dibawah menunjukkan real test bahagian kereta ditolak tetapi tiada bunyi keluar...





Feedback please... :D

Sabtu, 25 Oktober 2008

15,000 KM Service

Just done my 15K KM service today at PESB service center Puchong branch. Now using back Petronas Syntium 800 Semi-synthetic engine oil, overall cost me about rm169.10. Labour charge also quite hight*sigh*...

Btw i've just sign up DARING Club members and got the card also. As a member of the DARING card entitles to enjoy benefits like:

  1. 10% discount on labour and parts at all PESB Service Centers
  2. Free 24 hours emergency Road-side Assistance
  3. Free car inspection worth RM80

next 20,000 KM service gonna bought myself fully-synthetic oil to test out.

Isnin, 1 September 2008

10,000 KM service

Done my 10,000km today at eon authorise service center. During our club visit to proton part center glenmarie shah alam, I bought "elf semi synthetic 15w/50".

items service today

gasket
screen washer
oil filter

total = rm25

Rabu, 13 Ogos 2008

Hos radiator crack

Radiator Hos retak


Minggu lepas masa balik kampung aku terperasan hos air ke kepala radiator ada mengalami crack pada kedua-dua belah hujung. So aku telah membawa ke pusat servis eon. Malangnya stok tiada sebab bende ni jarang ada, sebab rasanya kereta sebelum ni tak pernah crack pun getah dia. Temporary solution adalah mengerat bahagian yang telah crack dan menyambung semula. Terasa kereta aku cam ada extra power lepas tu. Maybe sebelum ni aku memang tak perasan bende ni dah retak lama kot. Nasib baik suhu tak naik sampai lebih 3 bar.




Beginilah keadaan selepas dipotong, nampak macam tegang je kan. Selepas beberapa hari aku basuh kereta, masa lepas lap-lap body kereta tue aku bukak la bonet depan dan nampak retak pada hos kembali, rasanya vendor proton mana la yang buat ni eh?? pecat-pecat nak untung lebih sampai kualiti tak sampai pada tahap sebenar.


Ini close up sket kasi bukti



Bila jadi macam ini so korang akan nampak lelehan cecair hijau mengalir keluar (tengok warna coolant la, kalau biru kuar biru la). Ingatkan kereta aku nak jadi 'baby hulk' lagi. So pada hari semalam aku pergi ke bengkel biasa, dekat depan rumah sebab malas nak pergi servis center proton kat puchong jaya tu (appointment, tunggu je la).


Sensor Bar minyak tak konsisten

Ini lagi satu masalah kecil pada kereta kesayangan aku nih, masalah dia ialah baru-baru ni aku pergi bawak kereta ulang-alik kerja. Meter milage baru 200KM dah blinking. So aku pergi la nak isi minyak, pergi bayar RM100 kat attendan minyak tu. Isi punya isi, RM 45 ++ dah stop, aku paksa-paksa so dalam RM47.20 dah melimpah. So aku membuat kesimpulan yang sensor aku tak berapa elok. Nak bukak sendiri boleh tapi takde keyakinan. Sempena aku pergi bengkel tukar hos radiator alang-alang baik suruh pomen tu cekkan sekali pelampung.



Tempat minyak boleh di akses melalui tempat duduk penumpang, cuba tarik pemegang tali pastu baru angkat kerusi tu.





Proses mengecek tempat pelampung minyak, ada problem pada getah ? aik getah lagi mana vendor buat getah ni?? getah kembang, retak korang guna getah sekerap mana untuk buat part getah ni. Aku tak salahkan proton tapi yang salah vendor supply barang ni. Getah kembang menurut pomen tu so dia jatuh kat sesor minyak, tu sebab bar minyak tak berapa betul



Last checking kot-kot ada problem lagi ke. Pro betul pakcik tu. Siap boleh terangkan flow macam mana tangki minyak berfungsi sampai la ke engine kereta. Tabik sket...

So dalam masa terdekat ni aku update lagi macam mana keadaan selepas aku betulkan pelampung minyak ni, stakat ni dah jalan 380KM (tak isi minyak sejak hari sabtu lepas, masa tu isi RM80). Nanti nak isi full tank dan test 4-5 kali untuk verify balik keadaan. So terus melekat kat blog ni.

Isnin, 14 Julai 2008

5000 KM service

Servis 5000KM telah dilakukan pada hari ini (15 Julai 2008) di Eon Service Dealer di Sungai Besar berdekatan stesen Caltex.

Shell (kuning) 20W/50 - RM 58.50
Oil Filter - RM 15.00
Gasket - RM 2.00

TOTAL RM 75.50

Beli sebotol Wash and Polish yang direkemen oleh orang kedai setelah dia melihat calar balar pada permukaan cat, RM 20. Tadi try memang dah kurang sikit la... nak kne apply hari-hari.

Isnin, 9 Jun 2008

First service 1000KM

Aku telah menservis kereta pada 1089KM 5 jun 2008 di Pusat servis Proton Puchong Jaya (berdekatan ioi mall). Total servis RM 128.92, free labour cost sebab dapat voucher 1000km. detail aku akan update di bawah.


-oil filter RM15.91
-Gasket (Plug) RM2.15
-Screen wash RM4.86
-Syntium 800 15W/50 RM86
-Gear oil RM20

Next service 5 sept 08 atau 6089km yg mana sampai dulu