Special Sponsor



Rabu, 21 Disember 2011

aktiviti hujung tahun

Sekejap je kan dah hujung tahun 2011 bakal meninggalkan kita. So hujung tahun ni tak banyak aktiviti dilakukan, selain dari kerja, kerja, kerja, lepak, lepak ; nak tunggu petang hujan lebat pula. Ni nk cerita bbrp mggu lepas tak silap 8 disember kot, pagi tu hujan kaw-kaw lebat sampai ke petang dalam jam 2petang. Jadi time aku nak g kerja petang tu bila start enjin je tetiba lampu paip kuning (engine check) pop up menyala. Aku pun biasa-biasa je la sebab dah monitor suhu, idling, rpm sebab dalam keadaan normal.


gambar engine check menyala

Jadi keesokan harinya lepas sembahyang jumaat pergi lah aku ke sc kat taman medan bila pomen cucuk pdt kt ecu dia baca warning code sebab brek switch faulty. Kelebihan kalau kita diagnose dulu warning light ni supaya kita tak de la ganti barang-barang elektronik yang tak rosak. Mcm ada kes kt myvi kawan aku engine check ni menyala gak bila diagnose rupanya 02 sensor myvi 2007 dia problem.


autodoor lock yang aku pasang bbrp bulan lepas.. sorry tk update dalam ni

Bila jadi benda ni aku kena hati-hati la sebab bila start enjin je autodoor lock terus lock pintu, lampu brek belakang sentiasa menyala tapi dalam keadaan dim (malap) bila tekan brek dia terang macam normal, bila on lampu makin terang.


Jadi dah selang beberapa mggu baru la tadi aku sempat pergi part center shop kat shah alam beli bende ni. Harga dalam rm21 je





Ok dah lepas tukar barang switch stop lamp dgn mentol 3rd brake light semua kembali normal



Suis yang faulty beserta mentol yang dah burn..

Jumaat, 16 Disember 2011

Exora Prime & Exora Bold 1.6CFE dilancarkan


Bukan sekadar rupa! Inilah yang boleh disimpulkan untuk kedua-dua variant terbaru dari Exora, iaitu BOLD & PRIME. Disebalik perubahan pada rupa luaran, tetapi tersembunyi di dalamnya nadi kuasa enjin terbaru Campro Charge Fuel Efficiency (CFE) 1.6-liter yang menyamai kuasa enjin 2.0.

Gambar luaran exora prime

Enjin tersebut hanya boleh didapati pada variant PREMIUM Exora BOLD & PRIME serta dipadankan dengan kotak gear CVT yang membantu pecutan enjin yang lancar serta menjimatkan petrol. Menurut Pengarah Urusan Proton, penggunaan teknologi CFE boleh membantu mendapatkan prestasi yang maksimum pada RPM yang rendah. Dengan teknologi ini juga dapat membantu penjimatan minyak kerana dengan hanya enjin 1.6 pengguna mendapat kuasa seumpama enjin 2.0. Kelebihan CVT pula, ia memberikan pelbagai pilihan ratio yang terbaik serta sesuai mengikut gaya pemanduan.

Exora BOLD juga mempunyai variant 1.6 Campro CPS dengan transmisi automatik & manual selain versi standard yang juga menggunakan enjin yang sama tetapi hanya terdapat transmisi manual.

Gambar individu captain seat pada exora prime

Gambar panel tengah beserta double din touchscreen Navigation Exora Prime

Exora PRIME yang merupakan versi ekslusif hanya mempunyai 6 tempat duduk dengan pelbagai penambaikan yang dilakukan seperti rekaan bumper depan & belakang yang baru, lampu depan (black-out), lampu belakang (smoked), cermin sisi boleh dilipat secara elektonik, rim 16″ warna emas, disc brek belakang & ditawarkan dengan tambahan warna baru Absolute Brown. Untuk bahagian dalaman pula, kerusi & panel pintu dibalut kulit dua tona, panel tengah dengan kemasan walnut, Captain Seat untuk kerusi baris kedua, monitor pada headrest & sistem audio yang mempunyai fungsi sebagai navigasi serta kamera undur.

Gambar brochure Exora CFE

Gambar headrest lcd pada exora prime

Gambar cermin pandang belakang beserta image reverse camera

Exora BOLD Premium juga mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan PRIME, cuma mengekalkan 3 tempat duduk baris kedua, tanpa monitor pada headrest & juga mempunyai kamera undur serta cermin pandang belakang dengan LCD. Kedua-dua model ini mempunyai rekaan ekslusif & elegan dengan kombinasi Lotus Ride and Handling untuk pemanduan yang lebih tangkas, stabil, selamat & responsif.

Gambar paparan meter Exora CFE

Untuk pengetahuan semua model ini hanya boleh didaftarkan OTR bermula pada minggu kedua Januari 2012. Sempena dengan pelancaran kedua-dua model ini, Proton akan mengadakan Hari terbuka Proton 4 U bermula esok hingga 18 Disember ini di bilik pamerannya seluruh negara. Cenderahati akan diberikan kepada sesiapa yang memandu uji model Exora BOLD. Untuk Exora PRIME, tiada unit pandu uji, hanya boleh dilihat dibilik pameran yang terpilih sahaja iaitu di Crystal Showroom, Juru Branch, Plentong Branch & Mutiara Damansara. Esok dah boleh booking ye!!! (source : campromania)



Lagi Gambar : sumber dari arena kereta, photobucket.com/exora-prime/
photobucket.com/exora-bold/, paultan, dll

Exora Prime










Exora Bold