Special Sponsor



Ahad, 16 Disember 2012

Spyshot prevé hatchback?

Memang PANAS!!! Yang kita nanti-nantikan telah pun tiba, spyshots pertama P3-22A (Prevé hatchback). Gambar ini telah sempat dirakam oleh sahabat kita bro ramulo yang telah menemui kereta ini di exit Shah Alam. Pada mulanya bro ramulo menjangkakan kereta ini Ford Fiesta, tetapi rupa-rupanya P3-22A (Prevé hatchback). Sebelum itu bro ramulo juga terserempak dengan sebuah Prevé sedan yang mempunyai chrome bar dibelakang dengan sportrim yang berbeza. Adakah model itu dipasang dengan enjin Petrona NEO1? 

Komen lanjut sila ke link disini : funtastickodesign

Battery dah habis

Akhirnya pada pagi 15dec2012 tadi bateri kereta aku dah habis setelah hampir 2tahun 7bulan berkhidmat dengan cemerlang. Bateri sebelum ni yang aku beli bulan september aku dah bagi kt mmbr aku pakai vios sebab kebetulan masa tu bateri dia habis dan waktu weekend. So lepas tu dia ganti dengan bateri baru panasonic.

Nak jd cerita bateri (panasonic) tu aku tolong jumper pulak kat kereta saga flx adik aku 3 minggu lepas, kereta dia gagal dihidupkan sebab bateri lemah. Lepas 1 hari cubaan menghidupkan kereta beliau gagal, terpaksa panggil pomen eon datang rumah lepas diorang start dekat seminit baru hidup. Kata pomen sebab flx adik aku auto dan masa mati mungkin banyak minyak yg tak terbakar. Begitulah kisahnya, tapi takde issue pun dah lepas ok bapa aku tolong belikan bateri baru untuk adik aku tu. Tapi aku lupa pula nak masuk balik bateri panasonic tu dalam kereta aku, last2 tinggal kat kampung je.

Berbalik pada kisah kereta aku, lepas jump start hidup, balik rumah dari kilang tempat keje, off semua lampu dalam kereta, alarm pun tak guna pakai kunci manual. Petang lepas puas berehat sebelum nak pergi kerja crank sekali hidup pulak. Tapi bila tengok kat indicator battery warna merah ada sikit putih. Normally hijau, untuk selamat aku pergi kedai spare part kereta dalam bbrp km dari rumah dan ambik pula bateri sel basah jenis century. Harap tahan lama la brand ni. Tapi aku tak berapa suka sel basah sebab senang kotor ruang plet besi bawah bateri tu.