Special Sponsor



Jumaat, 26 Disember 2008

Proton SYM 2008 Iklan



Website proton-edar dah upload gambar-gambar beserta butiran terperinci untuk Proton SYM 2008 yang berlangsung pada 14 December 2008 tadi.




Ni pula senarai pemenang acara nissan light foot challenge.. Format lebih kurang seperti Proton SYM ni gak... Kalau korang nak tahu Mr. Liew Kok Seng dan Julie Tan Hui Siang yang menang peraduan ni juga dijemput tetapi sebagai kereta wakil proton la... Diorang bawak kereta saga auto that day. Diorang dapat antara the best penjimatan minyak dan tak de la sampai 56.6KM/ Liter rekod diorang dapat masa acara Nissan tu... Apa-apapun tahniah dan terima kasih kepada Proton-Edar dan Proton sendiri.

Lepak-lepak dengan member

Hari cuti krismas lepas aku melepak kt Sunway Piramid... Mak oit gler jem nak masuk park. Aku bertolak dari tempat kerja aku jarak dekat je, tapi hari ni kuar kilang pukul 2.15ptg sampai sana 3.40ptg... Memang tak best.... Lepak2 tengok wayang cerita spirit (jgn tengok kalau korang x de unsur humur). Lepas tu makan kat sana


aku nk tiru lampu cam kereta Audi ni... lawa siot


WTH! park tingkat paling atas tue


Kenyang lepas meratah ayam Kenny Rogers


Emy dan Jep... hu hu

Isnin, 22 Disember 2008

Jom ronda Season 2

Koleksi video jom ronda yang melibatkan ahli kelab Prosboc.




lepas ni ada lagi kot... huhu

Khamis, 18 Disember 2008

Sagaru spotted

hehe... layan gambar je...

Ahad, 14 Disember 2008

Proton Stretch Your Miles 2008

Proton Stretch Your Miles (SYM) telah diadakan pada 14 Dec 2008 untuk mengajak pemilik2 Proton Saga untuk bertanding pemilik manakah yang pandai mengawal kaki kanan mereka memijak padle minyak pada kadar yang sikit. Kereta yang masuk bertanding dikehendaki menjalani inspection dan meninggalkan sehari di COE Proton Shah Alam (dekat kesas highway).

Peserta juga diberi ceramah bagaimana untuk mencapai tahap economic fuel comsumption pada hari sabtu di COE.

Hasil keputusan

Kereta paling jimat transmisi Auto lebih kurang 33KM/Liter, manakala kereta en. pijoi (aku jadi co-pilot dia) dapat tempat ke-3 untuk kategori manual 29.28 KM/Liter.


Gambar-gambar menarik yang aku snap guna henfon aku



Antara bahagian yang telah di 'seal' untuk mengelakkan penipuan. Bahagian lain bonet depan, bawah seat, tank.


Pilot : en. pijoi
Co-pilot : aku



En Apis 'Jom Ronda semi bucket seat' Ops... terlebih sudah... :D


kereta-kereta yang dikuarantin


Last briefing sebelum memulakan perjalanan


Nak jimat punya pasal, tolak kereta sampai garisan permulaan


Ni la kereta paling jimat sekali, pergi dari COE ke gopeng baru RM8.46 je... mak oit saing2 jimat dengan ngv aku je...


Tayangan slideshow gambar sepanjang perjalanan... sambil2 tu makan jugak



Muka-muka pemenang... dapat gak cek duit..

Service 20,000KM

Just done my 20k KM service yesterday at eon authorize service center. I bring my own engine oil, Petronas Full Synthetic 3000.


odometer : 22, 323 KM
Next Change : 32, 323 KM

Total Cost : RM75 ( excluding engine oil because i bought it cheap from friend :p )

Jumaat, 28 November 2008

Addons : Part 7

Disebabkan tank ngv aku kt belakang seberat 50KG beserta woofer box dan barang2 lain di bonet belakang maka ketinggian belakang kereta aku lebih rendah berbanding depan. Kebetulan pula en. Apis telah menukar pelapik getah oem dengan pelapik getah kereta perdana. Ketinggian pelapik getah p.perdana agak jauh berbeza sebab lagi tebal dan bergerigi keluar berbanding oem saga blm yang gerigi masuk dalam (female).



Bahagian bawah di jack dahulu sebelum spring dan absorber boleh dibuka




Ni kereta pemilik en. kamarul... lawa stiker... hehe



Ni pelapik oem saga blm



Ni pula pelapik getah p.perdana... notis x lagi tebal?


Now bunyik kengkadang "ngek... ngek" semasa berhenti dan menarik handbrake sudah hilang... video dibawah menunjukkan real test bahagian kereta ditolak tetapi tiada bunyi keluar...





Feedback please... :D

Rabu, 26 November 2008

2 hari tak bawak kereta

Hari ni dah masuk 2 hari aku pergi kerja menaiki motosikal, rasa rindu pulak dengan kereta aku nih. Rasa rindu dengan dentuman subwoofer mohawk beserta 4 speaker depan dan belakang, keharuman wangian ambi-pur campuran wangian formula aku dan tak lupa juga ngauman enjin campro 1.3 iafm aku. Kereta aku telah dipinjam oleh kakak aku sebab kereta dia antar bengkel so adik beradik mesti tolong menolong kan.



Ini lah rupe moto aku yang selalu aku tunggang sebelum kehadiran kereta saga blm. Moto ni beli masa aku blaja kat poli dulu. Dah banyak berjasa moto ni. Tak pernah meragam walaupun berhujan berpanas tanpa ada garaj. Servis minyak hitam mesti pakai jenama bagus punya. Start enjin sekali dah hidup. Ok tu je aku nk merepek... Apa projek tuk kereta ye... tunggu... hehe

Khamis, 13 November 2008

Sesi photo

Thanks kepada helmi ibrahim kerana meluangkan sedikit masa untuk datang bersusah payah sesi foto kereta aku.















Sabtu, 8 November 2008

Isi ngv kat tank LPG... result meletop



link berita hari ini dari tv3 08/11/2008 ... tank LPG (liquid petrol gas) tak tahan pressure yang tinggi. Apa apa pun takziah dan alfatihah kepada mangsa.

CNG (compress natural gas)



gambar van kebaboomm... (nampak tong gas masak dimodified...)



hari ni aku isi gas nampak myvi dgn camry pakai ngv... huhu jimat...

Selasa, 28 Oktober 2008

Sagaku masuk NGV

Semalam aku telah menghantar kereta kesayangan aku ke bengkel ngv installer dekat rumah aku untuk mentransformkan diri dari minum petrol kepada minum petrol dan isap gas asli (natural gas). kit ngv ni ada 2 jenis, mixer dan sequential. Untuk kereta saga blm ni aku pakai mixer for injection dan tank adalah jenis type-2 (composite) 55liter. Mula-mula nak masuk 65liter tp installer guy tak berapa pandai nak adjust kaki tank tue.


nozel gas letak kat depan


wiring-wiring yang dipasang


cam ni la rupe bentuk tangkinye


lepas da siap pasang, barang semua masuk kat dalam


suiz penukar petrol-ngv

full tank dekat rm8. milage leh dapat lom kira lagi nnt aku update lagi

Ahad, 26 Oktober 2008

TT : Openhouse sempena penghujung raya

Burp~! (excuse me...) :P Hari ni kelab Prosboc telah melakukan 3 aktiviti iaitu datang openhouse di salah seorang member club di putrajaya. Lepas ni Futsal geng Shah Alam VS geng Cheras, then diikuti dengan openhouse rumah kak sue (sori banyak2 tak dapat hadir.... ada hal sket malam niii :( )



Sebanyak 21 buah kereta telah menyertai konvoi pada hari ini




antara ahli club dan ahli keluarga yang ikut serta

Jadikan HP anda GPS walaupun x de GPS

Hari ni aku telah mencuba google maps for mobile yang amat berguna. Mengikut pemerhatian aku semasa pergi berjalan ke putrajaya, rumah shino untuk openhouse. Mana aku tau application GMM ni ye, aku tau dari blog Hanys... thanks to her for the valueable information

Download
Untuk mendownload application ini just text in in your mobile phone http://google.com/gmm size dalam 300KB dan direkemen anda menggunakan unlimited plan 3G supaya bil telepon tidak melambung (seriously la....).

Interface
interface application ini agak simple dan mudah dikendalikan. Untuk first time user juga apps ni akan popup help message supaya user tahu apa butang yang perlu ditekan untuk zoom in, zoom out dan membuat point direction from here to here. Ia juga ada 3 jenis penunjuk, driving (penunjuk untuk memandu), transit (untuk menaiki kemudahan awam) dan juga walking (untuk jalan kaki... huhu betul detail)

Peta
Peta yang ditunjukkan telah diskalakan dan juga di kecilkan supaya selesa pada permukaan dan resolution pada henfon. Juga boleh switch samada mahu melihat sattelite image mahupun basic plain peta atau kedua-duanya sekali. Bila zoom in, segala nama jalan akan keluar. Jika konfius dimana anda berada sekarang just tekan butang '0' (kosong) pada henfon anda dan secara automatik google map mobile akan read user data dari hp anda untuk menunjukkan lokasi terdekat anda.


Berbaloi
Ia berbaloi untuk menyaingi peralatan GPS yang terdapat di market seperti garmin nuvi dan sebagainya. Hanya perlu unlimited plan 3G pada hp anda dan terus menggunakannye. Di kawasan bandar amat direkemen dimana kelajuan capaian 3G pada tahap laju


Kelemahan
Bagaimana di kawasan out of range, atau tiada signal telepon? Disinilah tamatnya penggunaan apps ini.


Demo produk


Henfon murah je asalkan ada broadband unlimited @ 3G unlimited plan di galakkan menggunakan. Aku guna celcom 3G je.



Lepas download terus install application tu dalam henfon



Boleh pointing arah dari sini ke sana... hehe susah nak terangkan tp gambar menerangkan segalanya...



Juga boleh mencuba melihat jadual perjalanan transit pada area sekitar anda (kalau la ada.... )



Mencuba mencari arah... notice the dot2 tu? itu la point2 (simpang) yang perlu diambil perhatian. Lagi bagus kalau application google maps mobile ni boleh bercakap macam co-pilot.



Jelas juga arahan dia ni... kalau sesat juga tak tau la... hurm apa cer kalau majlis perbandaran suka-suka hati ubah nama jalan? lu pikir sendiri!



Ni pula kalau aku berjalan kaki... amat berguna


Conclusion

Sila mencuba untuk mendapat kepuasan. Lepas ni harap yang jual alat GPS tu tau2 je la nak turunkan harga ye. Aku baca juga next technology yang diorang cuba nak integratekan dalam hp adalah GPS maknanya HP lepas ni dah datang dengan function GPS... So external device macam garmin tu boleh pikir cara lain nak survive....

Sabtu, 25 Oktober 2008

15,000 KM Service

Just done my 15K KM service today at PESB service center Puchong branch. Now using back Petronas Syntium 800 Semi-synthetic engine oil, overall cost me about rm169.10. Labour charge also quite hight*sigh*...

Btw i've just sign up DARING Club members and got the card also. As a member of the DARING card entitles to enjoy benefits like:

  1. 10% discount on labour and parts at all PESB Service Centers
  2. Free 24 hours emergency Road-side Assistance
  3. Free car inspection worth RM80

next 20,000 KM service gonna bought myself fully-synthetic oil to test out.

Selasa, 21 Oktober 2008

skirting pilihan aku : part 3

Warna putih adalah smart bak pepatah orang melayu "White is new black". Cuma susahnya kalau putih ni kena jaga jangan sampai kotorlah. Ada kes 2 orang member ni, sorang bawak kereta putih yang satu lagi hitam metalic, diorang jalan-jalan la sekali ada budak puji kereta macam evo katanya. Bila member putih tu tanya yang mana satu.... teka la jawapan budak tersebut... huhu


Ok back to topic.... skirting pilihan aku tuk kali ke-3 adalah jenis release 4, masih dalam fiber lagi... kalau tunggu sikit time ada la pu or abs punya material.

Kalau perati depan skirting ni ada iras-iras skirting mugen honda city member aku. Sebijik pulak tu. :P