Special Sponsor



Jumaat, 17 Mei 2013

Tukar tayar dan servis

Dah agak 3 tahun juga tayar yg aku pakai skrg ni. Harini kebetulan cuti jadi tukar satu set depan belakang goodyear nct5 (bajet ciput tak mampu nk angkat continental lagi..haih). Kat kedai tu kena racun dengan pekerja dia terpasang sekali spring sport brand konwa dari jepun tulisannya.

Oh lupa tukar bearing belakang kiri kanan sbb dah tak elok, lepas tu tukar minyak hitam castrol magnatec 10w-40. Huh rabak wallet.. pst : cepat2 tukar sebelum cukai GST implement.. hiks

Selasa, 19 Mac 2013

Kereta aku dah 5 tahun

Dah 5 tahun usia kereta aku (walaupun geran keluar may 2008).
Ok la tak ada kerosakan serius, radiator ok tip top. Masih boleh berjalan-jalan sekitar semenanjung dan 3-4 bulan je 10,000km tayar bergolek. Sekarang ni pakai minyak enjin HDEO atau pennzoil je rasa serasi plak ngan enjin, nak revving pun rasa senang je naik.

 

Baru-baru ni ada tengok fb group proton saga, diorang masuk steering preve nampak sangat cun. Siap ada audio control dan paddle shift. Kalau ada orang pandai mesti boleh buat fungsi paddle shift tu, tapi boleh ke? huhu. Difahamkan steering preve dijual pada lingkungan rm180-rm250, kalau lagi mahal tu mungkin sbb ada extra function?


Gambar credit to Ewell Krai .


Selasa, 29 Januari 2013

Tukar timing belt ke-2

Hari ni kereta aku baru menjalani penukaran timing belt kali ke-2.Beberapa bulan lepas bunyi enjin kuat dari biasa. Tadi ke bengkel area rumah aku, dan bila pomen check timing belt yg tuka tahun 2010 dh crack. Ni link sebelum ini (sagablmku/2010/10/tukar-timing-belt)kira jangkahayat 50,000km je lah. Milleage sekarang 13x,xxx km.



 Brand Gates yang baru tukar ni, harap-harap boleh lebih dari 50,000 km lah.. kalau dpt mcm dalam kotak tulis 100,000km lagi bagus

Rabu, 2 Januari 2013

lampu aftermarket saga fl, flx




Selamat Tahun baru 2013 kepada semua! Tengah selak2 website tetiba ternampak gambar lampu depan design baru untuk saga fl/flx. Nampak cool sebab ada DRL dan projektor.




 Ni bukan gambar kereta aku, kepada owner kereta ini anda sangat cool sebab jadi terawal pakai lampu cantik ini.