Special Sponsor



Khamis, 30 Disember 2010

Dah besar tapi otak takde

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Hanya kerana kereta mewah miliknya terkena ludah, seorang lelaki bertindak kejam membelasah seorang kanak-kanak berusia enam tahun sehingga mangsa parah dan terpaksa dimasukkan ke hospital selama empat hari.

Kejadian menyayat hati itu berlaku kira-kira jam 4.30 petang Ahad lalu, apabila mangsa, Solihan Ramzan, secara tidak sengaja meludah sisa makanannya dari rumahnya yang terletak di tingkat satu bangunan rumah kedai di Jalan Batu Belah, Jalan Ipoh, di sini.


Bapa saudaranya, Mohd Amir Salamatula, 43, berkata ludahan Solihan itu terkena kereta BMW milik lelaki berusia 30-an itu yang diletakkan di tingkat bawah.

“Melihat perbuatan anak saudara saya menyebabkan keretanya kotor, lelaki itu terus masuk ke dalam rumah lalu membelasahnya sehingga nyawa-nyawa ikan.


“Ketika kejadian hanya ibu Solihan berada di rumah, namun dia tidak sedar kerana sedang tidur di dalam bilik. Mujur ibu saudaranya yang tinggal berjiran menyedari kejadian itu dan segera merayu lelaki itu menghentikan perbuatannya,” katanya.


Bagaimanapun, kata Mohd Amir, rayuan itu tidak dihiraukan malah seperti dirasuk dia terus membelasah Solihan sehingga lembik.

“Tidak tahan dengan perbuatan lelaki berkenaan, saudara saya menawar diri supaya dia dibelasah dan Solihan dilepaskan, namun usaha itu juga tidak berhasil.


“Selepas Solihan lembik dan muntah darah, barulah lelaki itu melepaskannya dan meninggalkan rumah,” katanya yang datang ke pejabat Harian Metro di sini, semalam.

Mohd Amir berkata, ibu Solihan yang menyedari kejadian itu terkejut apabila melihat anaknya berlumuran darah dan segera membawa kanak-kanak itu mendapat rawatan di Hospital Selayang.


“Solihan berada di hospital itu selama empat hari selepas doktor mendapati ada darah beku di kepalanya dan matanya juga rosak. Dia baru dibenarkan pulang petang ini (semalam), namun perlu mendapatkan rawatan susulan untuk pemeriksaan mata pada Sabtu ini dan darah beku di kepalanya pada 28 Februari depan,” katanya.


Menurutnya, laporan mengenai kejadian itu dibuat di Balai Polis Jinjang pada 26 Disember lalu.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan yang dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.


Elok kene penjara je, apa la BMW je pun bukan mahal.. kalau pergi carwash auto baru rm3, kalau carwash manual baru rm6++ dari meringkuk penjara.. haih sekarang ni ramai yang "ada duit" tapi takde otak... Otak dia saraf dah putus kot...


Rabu, 15 Disember 2010

Gambar customize saga FL dan Espire (Tuah)

Jumaat lepas masa balik kerja aku dan kwn2 g PWTC nak tgk KLIMS 2010 nasib baik pameran bukak sampai pukul 10malam. Memang menarik gak pameran kali ni. Tapi agak sayang 5 orang pergi takde sorang pun bawak kamera, bateri handphone pulak dah habis masa tu.. hahaha

Ada cabutan bertuah grand prize toyota prius dan 2 bijik saga blm. Kalau tangan aku bertuah leh la dapat sebijik kete.. hahaha

Ni la buah gambar yang aku sempat print proton espire (TUAH) dan saga FL yang dah di customize ikut selera aku.


Saga FL dilancarkan hari ini


SHAH ALAM: Proton Holdings Bhd mensasarkan menjual 6,500 unit sebulan Saga Facelift (Saga FL) yang baru dilancarkan, kata Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.


“Saga sudah berada dalam pasaran lebih dua tahun dan dengan model yang diberi wajah baharu ini yang menawarkan ciri-ciri lebih menarik, saya rasa 6,500 unit adalah nombor yang realistik untuk dicapai,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Saga Facelift, di sini, hari ini.Sejak pelancarannya pada Januari 2008, beliau berkata Saga meningkat ke kedudukan kedua model terlaris di Malaysia dengan jualan purata bulanan 6,200 unit.

Pada Oktober, beliau berkata Proton menjual kira-kira 204,150 unit dan menerima 245,030 tempahan.

Saga Facelift baru itu tampil dengan dua varian, iaitu, 1.3 Standard dan 1.3 Executive, kedua-duanya dalam transmisi manual dan automatik.

Syed Zainal Abidin berkata 1.3 Standard manual berharga RM37,998 manakala 1.3 Executive automatik berharga RM43,298.


Saga Facelift itu tersedia dalam enam warna dan menampilkan reka bentuk dapra baharu, tukup, lampu puncak, gril depan, bampar depan dan belakang dan cermin sisi yang menggabungkan isyarat LED.
Model eksekutif, antara lainnya, menampilkan lampu kabus depan tambahan, rekaan baharu keluli aloi, spoiler belakang dan acuan pelindungi sisi bagi menjadikannya ia kelihatan lebih sporty. – BERNAMA

maklumat lanjut spec dan sebagainya rujuk : saga facelift

p/s : rasa dah habis generasi pertama, datang generasi ke-2 pulak. Aku dah sedikit malas nak update blog ni, kereta masih dalam keadaan sihat dah hampir clock 90,000km hari ni. Harap lepas ni proton terus maju dari company automotive yang lain.

source : paultan, BERNAMA, blog prodas, blog funtastickodesign

Ahad, 5 Disember 2010

Enjin campro CFE Turbo ditunjukkan di KLIMS 2010




*update 10/12/2010 baru g klims tadi.. org booth proton tu cakap cfe ada vvt kt enjin tu

Sedikit info mengenai campro CFE turbo ni kat slide gambar



Torque bagus tu kat rpm 2000-4000 mesti seswai tuk daily use.





Info dari blog campromania dan juga ni forum.lowyat.net . Enjin ini dipamerkan semasa pameran Kuala Lumpur International MotorShow 2010

saga R3 concept





Menarik dan tertarik sungguh bila nak open tempahan nih.. huhu



Lawa rim depan blkg pakai disc break ni mesti laju ni



Ekzos dan diffuser i likeee

Saga BLM facelift dah launch

Dilancarkan semasa Thai Expo, kat Malaysia pun dah dilancarkan beberapa hari nih (update terbaru : dilancarkan di malaysia pada 15 dec 2010). Gambar-gambar kebanyakannya dari blog paultan.org, dan koleksi sendiri kawan2 bagi. Harga naik rm1000- rm1300 utk trim standard dan executive , Premium spec ada ke??







2 warna baru :



* Blue rock
* Caffe latte

penambahan :
* grill depan baru


* lampu baru dengan redesign semula signal kt tengah


* side mirror LED
* LED lampu belakang


* 4 Power windows
* 2 SRS airbag (driver and passenger)
* new sport rim design
* improved rear spring (bawak ramai2 takde la terjongket lagi.. huhu)


* radio with USB and AUX input


* Audio steering control


* reverse sensor yang improve vertical dan horizon detection
* fabric seat baru design lagi lawa


* Gambar kabin yang baru

* Brochure spec saga FL


Proton Kasturi concept by proton design during KLIMS 2010



Saga EV UTM dan Proton










Ini adalah Saga EV yang dibangunkan secara usahasama antara Proton & Universiti Teknologi Malaysia (UTM) selama 11 bulan. Seramai 20 orang tenaga kerja yang telah membangunkan projek ini, 10 dari Proton & selebihnya dari UTM yang terdiri dari pensyarah, pelajar serta juruteknik dari Power Electronics and Drives Research Group (PEDG) Energy Research Alliance, yang diketuai oleh Professor Dr Nik Rumzi Nik Idris. Gamba dan maklumat lanjut layari paultan.org

Rabu, 24 November 2010

gambar saga facelift leak

Wah nampak stok yang bertimbun menanti tarikh pelancaran.. biasa kalau banyak ni dah makin hampir la ni.



difahamkan ada 2 warna baru iaitu blue rock dan caffe latte. Tarikh pelancaran tak dapat info lagi tapi rasa2nya masa KL International Motorshow (KLIM 2010). Apa pendapat korang.. Cun kan

p/s : ni bkn gambar aku amek tapi ada org bermurah hati menyumbangkan.. :D

Sabtu, 13 November 2010

offtopic : dapat gak test drive inspira

wahh puas hati~!!!! dapat gak merasa test drive inspira 1.8 cvt executive edition warna merah kat center of the excellence proton (COE) sebelah highway KESAS tu. Kitorang datang lepas abis keje dalam kul 7.30mlm sebab nak usha-usha 2.0 premium punya sebab masa first day launch hari tu pergi showroom dekat PJ ada 1.8 cvt executive edition je. Rupanya kt COE ni ada 2.0 cvt Premium memang kemas la leather seat dia dgn door trim. Ada warna putih solid dengan hitam yang terpampang kat showroom COE ni.
P/S: Kat COE ni pun S.A cakap ada team provocation (dalam 7-9 org) yang akan hempas2 pintu, curik gear knob, bawak pisau kecik toreh kerusi kulit pada model2 sebelum ini dan semasa aku kat situ pun gear knob cvt kete warna putih hilang. Saya harap team ni dapat dikantoi kan suatu hari nnt, boleh kite bongkarkan team ni dari mana ye..

Di bawah ni gambar 1.8 cvt E kat PJ masa first day launch.




So far model 2.0, 1.8 ni lebih kepada euro spec lancer, bukan lancer gt malaysia . So pemilik lancer gt skrang ni at least ada beza juga la dan korang leh la tunjuk ajar kat pemilik inspira mengenai penjagaan gearbox cvt, abs, ebd dan kedai mana murah nk pergi wax and polish kereta kasi kilat beb.. :D

New features kat inspira sekilas pandangan aku kat model 2.0 dan 1.8

1. Anti Trap window
2. Rain sensor
3. Light sensor
4. Auto cruise
5. coming home light
6. auto light off (kalau lupa off lampu, jaga battery)
7. welcome home light (bila unlock kereta lampu sisi ON, meter cluster ON, lampu dalaman ON)
8. kerusi kat belakang boleh lipat

Beza dia pulak dgn lancer gt

1. Inspira 16" rim / Lancer GT 18" rim
2. Inspira 15" disc brake / Lancer GT 16" disc brake
3. Inspira meter dashboard RPM kiri, speedo meter kanan / Lancer GT RPM kanan, speedo meter kiri


Ni la inspira 1.8cvt executive edition yang dipandu uji

Video test drive, ada 3 personally dirakam oleh henfon kamera cikai aku dan 1 video high quality dari youtube.


test drive inspira


test drive inspira part 2


test drive inspira part 3





video test drive inspira kat youtube.. camera lagi canggih (oh siapa nk sponser aku sony ericsson vivaz pro atau nokia n8 leh amek video HD... huhu)

so far amat berpuas hati kat inspira 1.8 ni, walaupun test track tak panjang sempat jugak test sport mode tapi sampai gear 4 je, nak tarik sampai 6 speed track tak cukup panjang yang penting pandu selamat kan. Pengalaman agak berbeza waktu bawak forte 1.6 SX 4speed (yang dtg rim 17 inci dan spare rim pun 17 inci gak tu) sebab forte yang aku bawak ada 4 speed je, tarik 140kmph dah mcm berat je.. huhu. Penukaran gear 5-4-3-2-1 agak smooth berbanding 4 speed forte kwn aku. Dari segi NVH (noise vibration harshness pula boleh bagi 8.8 dari 10 mata memandangkan milleage kete test drive sikit) tapi so far amat senyap. Bunyi radio clarion yang ada arkamys clear kalau masuk speaker mahal sikit mcm rockford fosgate atau RDS or mohawk rasa leh pergi lagi bunyi tu. Dari segi penukaran gear amat smooth pada kedudukan D atau sport mode 6 speed. Erm apa lagi ek, kerusi kat belakang boleh lipat, tak sure lancer gt boleh ke buat cam tu.
Ok part kekurangan yang diwarisi dari lancer gt yg aku nampak masa test drive ni alarm dia takde panic button, kalau lock dgn unlock pun takde beep. Mungkin masa akan datang boleh improve.
Butang remote boot release amat berguna so takde la tgh2 bawak brg banyak tercarik2 lubang nk bukak bonnet tu.
Ok kpd bakal pengguna inspira sila la bergembira dgn kereta anda, dan jgn lupa kawan2 la dengan pemilik lancer GT sebab mereka lagi otai dari anda tak salah share2 idea dan knowledge mereka.

Isnin, 8 November 2010

offtopic : brochure proton inspira



Lagi sehari lagi nak pelancaran. Thanks kt bro campromania sbb upload brochure inspira ni.. terbaik dari ladang!


wah radio dia dah ada arkamys system la..
Arkamys : Audio enhancement and 3D sound DSP libraries for
mobile devices, car audio, home theatres






tetiba rasa nak kasi adik aku sambung bayar saga blm aku ni.. beli inspira pulak.. huhu :D

Sabtu, 6 November 2010

gambar-gambar Future Car Challenge - Brighton to London


Video : Best Range Extender EV award for Proton Exora Hybrid at RAC Future Car Challenge, UK

Race telah berakhir kot (kalau ikut timing dia) dan ini adalah gambar2 yang diambil dari forum lotus.be. Tapi resultnya kalau tgk kt official website belum ada lagi. Acara ni dapat sambutan seramai 64 penyertaan pada kali ini.


route perjalanan dari Brighton ke London


exora extended range ev


green supercar? why not..




tesla kot..

sesiapa ada info leh la drop kat comment. TQVM

green race uk 2010

Jika anda kebetulan menemukan diri sepanjang bentangan 60 batu antara London dan Brighton di UK weekend ini, anda dapat menyaksikan fenomena menarik. Pada hari Ahad, arus lalu lintas akan memaparkan terkini otomotif mengalir dari Utara ke Selatan sementara sehari sebelumnya, kenderaan lebih hijau dari masa kini dan masa mendatang akan bergulir Selatan ke Utara. Ertinya, sementara London-to-Brighton Veteran Car Main terus parade lama berjalan nya tradisi tahunan yang memaparkan lebih dari 100 pra-1905 kereta yg tdk mempunyai kuda, yang pertama yang pernah RAC (Royal Automobile Club) Brighton ke London Future Car Challenge (BLFCC) akan mendahului pada hari Sabtu. Sebuah peristiwa eko serupa terjadi tahun lalu.

Ada cukup pelbagai pelbagai powertrains antara 64 peserta yang diharapkan dalam acara pelantikan, di antara mereka rendah-pembebasan pembakaran dalaman, hibrida, sel bahan bakar hidrogen dan mesin elektrik semua. Selain hanya melihat cantik, mereka juga akan menjadi pertandingan ramah sedikit untuk melihat siapa yang dapat menyelesaikan perjalanan yang paling cekap dan piala dan penghargaan akan diserahkan. Jika you''d ingin melihat semua entri di London, akan ada selesai formal di Pall Mall sebelum mereka berpindah ke selesai upacara di Regent Street di mana penyelenggara berharap (mungkin optimis) sebanyak 250,000 penonton.



Beberapa kenderaan masuk belum pernah melihat jalan raya di UK dan kami berharap dapat melihat beberapa gambar dari pengeluar yang kurang dikenali, termasuk kuasa Volkswagen Caddy Maxi oleh Energetique dan Proton Exora Extended Range EV. Lihat senarai semua entri (PDF) untuk melihat apakah kegemaran peribadi anda di antara mereka.


sumber : greenautoblog
Brighton to London Future Car Challenge