Special Sponsor



Rabu, 21 Disember 2011

aktiviti hujung tahun

Sekejap je kan dah hujung tahun 2011 bakal meninggalkan kita. So hujung tahun ni tak banyak aktiviti dilakukan, selain dari kerja, kerja, kerja, lepak, lepak ; nak tunggu petang hujan lebat pula. Ni nk cerita bbrp mggu lepas tak silap 8 disember kot, pagi tu hujan kaw-kaw lebat sampai ke petang dalam jam 2petang. Jadi time aku nak g kerja petang tu bila start enjin je tetiba lampu paip kuning (engine check) pop up menyala. Aku pun biasa-biasa je la sebab dah monitor suhu, idling, rpm sebab dalam keadaan normal.


gambar engine check menyala

Jadi keesokan harinya lepas sembahyang jumaat pergi lah aku ke sc kat taman medan bila pomen cucuk pdt kt ecu dia baca warning code sebab brek switch faulty. Kelebihan kalau kita diagnose dulu warning light ni supaya kita tak de la ganti barang-barang elektronik yang tak rosak. Mcm ada kes kt myvi kawan aku engine check ni menyala gak bila diagnose rupanya 02 sensor myvi 2007 dia problem.


autodoor lock yang aku pasang bbrp bulan lepas.. sorry tk update dalam ni

Bila jadi benda ni aku kena hati-hati la sebab bila start enjin je autodoor lock terus lock pintu, lampu brek belakang sentiasa menyala tapi dalam keadaan dim (malap) bila tekan brek dia terang macam normal, bila on lampu makin terang.


Jadi dah selang beberapa mggu baru la tadi aku sempat pergi part center shop kat shah alam beli bende ni. Harga dalam rm21 je





Ok dah lepas tukar barang switch stop lamp dgn mentol 3rd brake light semua kembali normal



Suis yang faulty beserta mentol yang dah burn..

Jumaat, 16 Disember 2011

Exora Prime & Exora Bold 1.6CFE dilancarkan


Bukan sekadar rupa! Inilah yang boleh disimpulkan untuk kedua-dua variant terbaru dari Exora, iaitu BOLD & PRIME. Disebalik perubahan pada rupa luaran, tetapi tersembunyi di dalamnya nadi kuasa enjin terbaru Campro Charge Fuel Efficiency (CFE) 1.6-liter yang menyamai kuasa enjin 2.0.

Gambar luaran exora prime

Enjin tersebut hanya boleh didapati pada variant PREMIUM Exora BOLD & PRIME serta dipadankan dengan kotak gear CVT yang membantu pecutan enjin yang lancar serta menjimatkan petrol. Menurut Pengarah Urusan Proton, penggunaan teknologi CFE boleh membantu mendapatkan prestasi yang maksimum pada RPM yang rendah. Dengan teknologi ini juga dapat membantu penjimatan minyak kerana dengan hanya enjin 1.6 pengguna mendapat kuasa seumpama enjin 2.0. Kelebihan CVT pula, ia memberikan pelbagai pilihan ratio yang terbaik serta sesuai mengikut gaya pemanduan.

Exora BOLD juga mempunyai variant 1.6 Campro CPS dengan transmisi automatik & manual selain versi standard yang juga menggunakan enjin yang sama tetapi hanya terdapat transmisi manual.

Gambar individu captain seat pada exora prime

Gambar panel tengah beserta double din touchscreen Navigation Exora Prime

Exora PRIME yang merupakan versi ekslusif hanya mempunyai 6 tempat duduk dengan pelbagai penambaikan yang dilakukan seperti rekaan bumper depan & belakang yang baru, lampu depan (black-out), lampu belakang (smoked), cermin sisi boleh dilipat secara elektonik, rim 16″ warna emas, disc brek belakang & ditawarkan dengan tambahan warna baru Absolute Brown. Untuk bahagian dalaman pula, kerusi & panel pintu dibalut kulit dua tona, panel tengah dengan kemasan walnut, Captain Seat untuk kerusi baris kedua, monitor pada headrest & sistem audio yang mempunyai fungsi sebagai navigasi serta kamera undur.

Gambar brochure Exora CFE

Gambar headrest lcd pada exora prime

Gambar cermin pandang belakang beserta image reverse camera

Exora BOLD Premium juga mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan PRIME, cuma mengekalkan 3 tempat duduk baris kedua, tanpa monitor pada headrest & juga mempunyai kamera undur serta cermin pandang belakang dengan LCD. Kedua-dua model ini mempunyai rekaan ekslusif & elegan dengan kombinasi Lotus Ride and Handling untuk pemanduan yang lebih tangkas, stabil, selamat & responsif.

Gambar paparan meter Exora CFE

Untuk pengetahuan semua model ini hanya boleh didaftarkan OTR bermula pada minggu kedua Januari 2012. Sempena dengan pelancaran kedua-dua model ini, Proton akan mengadakan Hari terbuka Proton 4 U bermula esok hingga 18 Disember ini di bilik pamerannya seluruh negara. Cenderahati akan diberikan kepada sesiapa yang memandu uji model Exora BOLD. Untuk Exora PRIME, tiada unit pandu uji, hanya boleh dilihat dibilik pameran yang terpilih sahaja iaitu di Crystal Showroom, Juru Branch, Plentong Branch & Mutiara Damansara. Esok dah boleh booking ye!!! (source : campromania)



Lagi Gambar : sumber dari arena kereta, photobucket.com/exora-prime/
photobucket.com/exora-bold/, paultan, dll

Exora Prime










Exora Bold






Rabu, 30 November 2011

Servis FLX

First time servis FLX.

Milage: 1173 km
Service labour: FOC for 1st, 2nd and 3rd

Parts:-
Shell HX7: RM107
Oil fiter: RM12.22
Drain Plug Washer: RM3.32
Screen Wash: RM5.71
Misc: RM2

Total: RM130.25

Paid: RM130.00

Sabtu, 12 November 2011

saga flx 1.6 se




Aku dapat emel dari anonymous gambar ni.. perghhh menarik tu.. persoalannye bila dia launch?? apa spec dia selain dari enjin 1.6... sapa ada info share ye... tqvm

utk lebih info sila ke : sini

Jumaat, 11 November 2011

Saga FLX

Dalam bulan lepas adik aku booking saga flx exec (cvt) warna perak (silver). Lepas segala urusan bank, registration semua awal minggu tadi baru sampai keretanya. Orang jual tu siap hantar depan pintu lagi. Tadi aku buat sikit check nampaknya keaadaan sempurna. Ada banyak perubahan yang terdapat pada saga flx ini yang takde pada saga blm (M) tahun 2008 aku.

Untungla... hahaha.. zaman-zaman blaja dulu aku pergi kuliah pakai moto warisan je honda ex5, dah nak tahun akhir baru la family aku belikan moto honda wave125. Zaman student sekarang ni dah pakai kereta, kdng2 tu mengalahkan lecturer lagi.



Ok back to topic, aku tengah rajin ni so aku scan la sikit buku service saga flx ni. Ada sedikit
perubahan dalam jadual aku perati tadi. Apa2 pun enjoy =)


imej kulit buku depan service booklet proton saga flx


imej 1 :


imej 2 : Jaminan warranty & void (pembatalan) warranty, limitation warranty coverage


imej 3 : jadual servis berkala m/s 17 dalam ni tunjuk 10k .. tapi kalau kite bawa kereta men lenjan je (severe usage; utk definisi sila rujuk imej 1) kne buat every 5k km lar..



imej 4 : jadual servis berkala m/s 18 ada info pasal berapa km baru nak tukar minyak transmisi cvt, auto, dan manual.


imej 5 : jadual servis berkala m/s 19 timing belt iafm+ tukar every 120,000 km woo.. iafm ngan cps biasa 100,000km je.. tp aku ari tu tuka dekat 90k km takut tetiba putus..huhu


imej 6 : jadual servis berkala m/s 20


imej 7 : jadual servis berkala m/s 21



imej 8 : jadual servis berkala m/s 22


imej 9 : rekod servis berkala m/s 23 (severe usage; utk definisi sila rujuk imej 1)


kulit belakang buku service booklet

Jumaat, 14 Oktober 2011

Mencari penulis saga flx

as per title, saya mencari pemilik saga flx untuk berkongsi pengalaman baik, buruk, seram, seronok kereta saga flx beliau. Sila emelkan cerita anda di mnazri@vista.aero dan yang terpilih saya akan lantik jadi penulis bersama blog ini. Sekian, Tqvm

Rabu, 27 Julai 2011

Saga FL vs FLX

Seperti tajuk di atas, aku telah compile beberapa perubahan yang terdapat pada saga flx hasil dari pembacaan artikel blog paultan.org dan funtastickodesign.

Transmisi

FL = IAFM + 4Speed Mitsubishi gbox
FL = IAFM + 5MT Gearbox from Aichi Kikai/MMC, Japan
FLX = IAFM+ + 5MT Gearbox from Getrag
FLX = IAFM+ + CVT from Punch motive



Auto 4 speed Vs CVT 6 speed


FL = 2400-2500 rpm @ 80km/h
FL = 3000 rpm @ 100km/h
FLX = 2000 rpm @ 80km/h
FLX = 2500 rpm @ 100km/h

cvt cooler untuk gearbox cvt agar sesuai untuk cuaca malaysia


Suspensi

nampaknya bab suspensi dah di tune sedikit sebab FL, BLM ada masalah sikit kalau dah tukar rim besar sikit kalau bawak ramai orang kat belakang nampak mendap belakang, aku pun dah tukar spring lain hari tu ada mamat dari kelantan jual memang best spring tu, tp dah lupa mana link, contact dia pun dah hilang gak..

FL = antirollbar 19mm
FLX = antirollbar 21mm maksudnya lagi tebal sedikit, spring rate 20%-30% lebih keras.

Tetapi masih mengekalkan level comfort dan juga 'proton ride and handling' disitu :)


Ruangan Enjin cvt executive


Fuel Consumption



Perubahan lain


Ahad, 24 Julai 2011

Proton Saga FLX Brochure



Mari kita layan brochure saga flx pula..


spesifikasi manual standard, cvt standard, manual executive, cvt executive



sos : paultan

Khamis, 21 Julai 2011

PANASSSSS : keluarga saga baru, saga FLX



Panas, hangat.. haha.. spyshot terbaru saga flx yang khabarnya dilancarkan tidak lama lagi. Gambar dari blog funstactickodesign, bro campromania, prolever pinjam ye.. untuk lebih berita lawati blog beliau disini


standard tp warna gold ni pun nampak sangat cantek


reflection tinggi sangat mcm factory tint pnye cermin je..

Saga FLX ni dengar khabar didatangkan dengan kekotak gear CVT 6 kelajuan beserta enjin campro iafm, dilengkapi dengan system brek ABS.. yeeee ABS EBD sound delicious juge. Juga terdapat pilihan warna baru, gold macam gambar di atas.


update : gambar dari fb prosboc...



console gear, kelihatan seperti ada butang function apa tu? tekaan aku mungkin nk bagi feel dia gear change mcm auto biasa ataupun sport mode, eco mode??



meter ada sedikit perubahan design, yg display tu ada orang cakap S bukan 5 sbb cvtnye 6 speed. Dalam masa yang lain pula rpm idling rendah sekitar 600rpm kalau kete aku idling dalam 900rpm mungkin dah tune lebih kot engine ni.


gambar meter terbaru, cilok dari blog arena kereta. Sebelah kanan dekat meter kelajuan tu ada logo esp on/off.. tp mengikut diorang maybe future function, sekarang takde lagi.


ruang enjin, sama mcm saga blm/fl cuma ada bnyk komponen baru kat situ camni la best.