Special Sponsor



Rabu, 13 Ogos 2008

Hos radiator crack

Radiator Hos retak


Minggu lepas masa balik kampung aku terperasan hos air ke kepala radiator ada mengalami crack pada kedua-dua belah hujung. So aku telah membawa ke pusat servis eon. Malangnya stok tiada sebab bende ni jarang ada, sebab rasanya kereta sebelum ni tak pernah crack pun getah dia. Temporary solution adalah mengerat bahagian yang telah crack dan menyambung semula. Terasa kereta aku cam ada extra power lepas tu. Maybe sebelum ni aku memang tak perasan bende ni dah retak lama kot. Nasib baik suhu tak naik sampai lebih 3 bar.




Beginilah keadaan selepas dipotong, nampak macam tegang je kan. Selepas beberapa hari aku basuh kereta, masa lepas lap-lap body kereta tue aku bukak la bonet depan dan nampak retak pada hos kembali, rasanya vendor proton mana la yang buat ni eh?? pecat-pecat nak untung lebih sampai kualiti tak sampai pada tahap sebenar.


Ini close up sket kasi bukti



Bila jadi macam ini so korang akan nampak lelehan cecair hijau mengalir keluar (tengok warna coolant la, kalau biru kuar biru la). Ingatkan kereta aku nak jadi 'baby hulk' lagi. So pada hari semalam aku pergi ke bengkel biasa, dekat depan rumah sebab malas nak pergi servis center proton kat puchong jaya tu (appointment, tunggu je la).


Sensor Bar minyak tak konsisten

Ini lagi satu masalah kecil pada kereta kesayangan aku nih, masalah dia ialah baru-baru ni aku pergi bawak kereta ulang-alik kerja. Meter milage baru 200KM dah blinking. So aku pergi la nak isi minyak, pergi bayar RM100 kat attendan minyak tu. Isi punya isi, RM 45 ++ dah stop, aku paksa-paksa so dalam RM47.20 dah melimpah. So aku membuat kesimpulan yang sensor aku tak berapa elok. Nak bukak sendiri boleh tapi takde keyakinan. Sempena aku pergi bengkel tukar hos radiator alang-alang baik suruh pomen tu cekkan sekali pelampung.



Tempat minyak boleh di akses melalui tempat duduk penumpang, cuba tarik pemegang tali pastu baru angkat kerusi tu.





Proses mengecek tempat pelampung minyak, ada problem pada getah ? aik getah lagi mana vendor buat getah ni?? getah kembang, retak korang guna getah sekerap mana untuk buat part getah ni. Aku tak salahkan proton tapi yang salah vendor supply barang ni. Getah kembang menurut pomen tu so dia jatuh kat sesor minyak, tu sebab bar minyak tak berapa betul



Last checking kot-kot ada problem lagi ke. Pro betul pakcik tu. Siap boleh terangkan flow macam mana tangki minyak berfungsi sampai la ke engine kereta. Tabik sket...

So dalam masa terdekat ni aku update lagi macam mana keadaan selepas aku betulkan pelampung minyak ni, stakat ni dah jalan 380KM (tak isi minyak sejak hari sabtu lepas, masa tu isi RM80). Nanti nak isi full tank dan test 4-5 kali untuk verify balik keadaan. So terus melekat kat blog ni.

5 ulasan:

Heaven's Cloud berkata...

wah... biar betul.. kalau dah brape tahun getah tu retak, make sense la gak. Brape bulan je retak, biar betul. Macam ni tak sampai setahun, semua getah dalam blm mau gugur ape @_@

nazri berkata...

betul tu.. masalah kualiti pada getah dalam cabin settle, ni kualiti pada part2 kereta pula... vendor proton salah ni

Tanpa Nama berkata...

aduhai.. aku rasa akunye proton pun ade retak2 jugak getah dia. aku gi tanya kedai pomen dia kata boleh ganti. kalau smpai ada leaking mmg aku ganti la.
bro, tnya sket.. nak beli signal yg tanam kat side mirror tu kat mana ha? area sungai besar ade ke? kalau ada info mail aku.. cerek_elektrik@yahoo.com

nazri berkata...

beli kat kedai accessories mana2 pun ada la mr_putat.

Unknown berkata...

Nak tanye mane kedudukan coolant switch sensor saga blm 1.3?