Special Sponsor



Khamis, 29 Mei 2008

Ke kedai aksesori

Tengah hari tadi aku memulakan perjalanan ke kampung halaman di Sungai Besar. Sepanjang perjalanan terasa begitu tenang dan stabil cornering kereta saga aku nih. Mungkin sebab baru lagi kot, spring masih elok. Aku perasan satu defect kat kereta aku nih. Indicator minyak dan bar penunjuk tidak berubah (menunjukkan tahap minyak kritikal) walaupun aku dah isi minyak full tank pada hari sebelum ini. So aku dah sampaikan masalah aku dan diorang kata akan wat checking hari isnin ni kalau ada masa aku hantar la kereta nih.

Dalam perjalanan aku ada ngetest sekejap power kereta. Pada kelajuan 120kmph masih stabil, tapi ada sedikit angin lintang yang menyebabkan aku rasa tayar aku nak 'lari' ke sebelah kiri jalan. Aku singgah kat kedai aksesori kereta sebelah restoran KFC. Nampaknya kereta aku menjadi bahan tarikan oleh pekerja-pekerja disitu. Aku memasang cermin pandang belakang jenis lebar dan sedikit cengkung. Cermin standed proton bagi tak berapa luas sangat pemandangan. Aku juga beli pewangi ambi pur Duo untuk mewangikan dalam kereta.

Tokeh kedai bagi aku satu katalog. Bila selak-selak dalam tu rupanya katalog bodykit dan spoiler untuk kereta proton saga blm. Untuk full bodykit harga siap installation + cat oem (warna sama dgn kereta) adalah rm 1300. Fuh agak mahal juga, tapi bila tengok je memang lawa la. Aku pun ambek keputusan pasang tempah spoiler lancer yang ada lampu break LED kat tengah-tengah, sebab diorang kehabisan stok buat masa ni. Aku pun ok je sebab takkan nak abiskan gaji bulan ni tuk makeup2 kereta kot.

Spoiler buat masa ini ada 4 jenis je. Aku attachkan gambar untuk tatapan.


Spoiler jenis R3


Jenis macam kat lancer 2008 cun woo


ni macam kat iswara lama tu, lembut boleh picit-picit


Ha yang ni la spoiler yang aku tempah... lawa juga RM 270 siap cat dan pasang



Spoiler ni datang dari kilang kata tokeh tu, cat pun ikut sebijik macam warna kereta proton. So aku menunggu call diorang tuk pasang spoiler nih. till then aku update lagi pas nih...

1 ulasan:

Mamanz berkata...

Artikel ini telah di "linkback" secara singkat ke alamat;

http://syalog-automobile.blogspot.com/2009/01/ke-kedai-aksesori.html

dengan tujuan meningkatkan trafik sesama pengguna blog. Jika anda merasa mempunyai artikel menarik, anda juga boleh submit ke;

http://syalog.blogspot.com mengikut "Network Topik" dan seterusnya membantu meningkatkan trafik blog anda!

Terima Kasih