Special Sponsor



Jumaat, 23 Mei 2008

Kereta sudah keluar

Alhamdulillah kereta saga yang aku tunggu-tunggu selama ni dijangka akan sampai ke tangan aku pada hari isnin ini. Pada entry sebelum ini aku mengatakan yang aku telah memilih 'open color' untuk model baseline manual metallic. Setelah mengharungi pelbagai kesukaran semasa menunggu loan seperti aku terpaksa menggunakan garentor kerana umur agak muda, lepas itu timbul another problem pulak, garentor punya output gaji lagi kurang dari aku punya gaji, sebenarnya tak ada la beza sangat pun cuma beza rm 100 je. Itu semua telah aku harungi dan akhirnya loan lulus pada 1 april 2008. Aku loan dengan maybank islamic. Insuran bawah etiqa. Harap-harap puas hati dengan perkhidmatan mereka.

So berbalik kepada cerita kereta aku nih, setelah puas aku 'sound' SA proton supaya take serious about pelanggan yang dah book, baru lah aku tengok diorang buat kerja laju-laju sket. Ye la mana taknya aku tunggu lama tak de update beb. Tiap-tiap minggu aku pergi ke show room proton yang aku buat tempahan di putra perdana, puchong untuk update terkini. Last perkataan aku sound adalah "takkan customer tiap-tiap minggu wat update, SA pulak cam tido je, kalau macam ni baik saya jadi SA lagi cepat.." ternyata amat berkesan keesokan harinya SA call aku kata diorang dah allocate kereta warna granite gray. Aku setuju je sbb mak aku pun kata tak mau warna black metallic je sebab kereta mak aku tu iswara warna black metallic.

Kereta aku berwarna granite gray (nanti dah dapat aku capture image dan upload kat sini ok) dan bernombor plat BJY 702. Cepat juga naik nombor selangor ni ek, 1 minggu lepas lebih member kelas aku kat poli dapat kereta Perodua Viva black 1.0 dia, no plat BJX 8771.


layan dulu 'imaginary picture of proton BLM' granite gray photochopped.. (credit to nightReader paultan.org/forum)

Nantikan update seterusnya pada minggu depan, Isnin insya-allah selepas pemeriksaan (pdi) kenderaan. Baru aku nak ambik. Ok till then salam...

3 ulasan:

(=_=) berkata...

wooottt..wooott.
dah dapat kete dtg lawat aku ah.
show off sikit kete baru.~

Tanpa Nama berkata...

best ke pakai kete ni ...

cam x best je...

nazri berkata...

best je