Special Sponsor



Ahad, 2 Januari 2011

Model gantian Perdana 2011 guna platform "Nissan FM"

Menarik juga dengar berita pagi ni, Online baca kt berita harian ada juga cerita ni : Model gantian Perdana guna platform Nissan Fuga. Platform Nissan FM juga digunakan kat nissan skyline v35, fuga, infiniti G35 leh google utk tgk persamaan dia. Perdana 2011 ni untuk kegunaan kenderaan kerajaan. Harap-harap cepat la keluar model ni.. huhu


Nissan Skyline coupe

Penggunaan enjin 2.5 liter naik taraf versi eksekutif, premium PROTON

PROTON Holdings Bhd akan melancarkan model gantian Proton Perdana, sama ada pada Mac atau April ini yang akan menggunakan platform Nissan Fuga dengan kapasiti enjin 2.5 liter.
Sumber industri berkata, bagaimanapun buat permulaan model yang akan diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun itu hanya dipasarkan khusus untuk kegunaan kereta rasmi pegawai tinggi kerajaan.
“Sebagai permulaan, sebanyak 150 unit akan diimport dari Jepun dan ia dibawa masuk khusus untuk kereta rasmi pegawai tinggi kerajaan, tetapi jika mendapat maklum balas memberangsangkan daripada pasaran, PROTON akan menimbangkan untuk memasarkannya secara komersial,” katanya pada Berita Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Fuga adalah kereta mewah Nissan yang menggunakan platform Nissan FM. Ia mula diperkenalkan di Jepun pada Oktober 2004.

Nissan Skyline, kereta sport mewah Nissan yang menjadi ‘kegilaan’ generasi muda Jepun turut menggunakan platform Nissan FM.

Fuga bersaing dalam pasaran kereta mewah eksekutif seperti Toyota Crown, Honda Legend, Mercedes-Benz E-class, Audi A6, BMW 5 series dan Jaguar XF.
Ia adalah kereta pertama dunia yang memperkenalkan teknologi sistem kawalan pedal bijak yang membantu pemandunya mengawal jarak selamat dengan kenderaan lain ketika pemanduan sama ada di kawasan bandar serta di lebuh raya.

Sumber itu berkata, penggunaan enjin lebih berkuasa untuk model gantian Perdana itu bertujuan menaik taraf kereta versi eksekutif dan premium PROTON ke tahap baru dan berupaya bersaing dengan model seperti Toyota Camry, Honda Accord, Hyundai Sonata atau Kia Optima di pasaran tempatan.

Katanya, selain untuk bersaing dalam kelasnya, penggunaan enjin yang lebih berkuasa itu juga bertujuan membezakan penggunaan enjin Proton Perdana dengan Proton Inspira yang turut menggunakan enjin 2.0 liter.

Sumber itu berkata, penggunaan Nissan Fuga itu menandakan permulaan kerjasama antara PROTON dengan Nissan Motor Company Ltd, iaitu firma automotif yang berpangkalan di Nishi-ku, Yokohama, Jepun.

“Ia (kerjasama dengan Nissan) susulan pengambilalihan kepentingan dalam Renault F1 Team yang dibuat PROTON menerusi anak syarikatnya, Group Lotus plc daripada Nissan yang dimuktamadkan awal Disember lalu.

“Menerusi pengambilalihan itu, selain membuka laluan buat PROTON terbabit dalam perlumbaan Formula Satu, ia turut membantu mengetengahkan beberapa program kerjasama baru lain antara PROTON dan Nissan, dan model penggantian Perdana adalah permulaan kerjasama antara kedua-dua pengeluar kereta berkenaan,” katanya.

Katanya, permulaan itu juga dijangka menjurus kepada kerjasama lebih serius di mana Nissan akan menggunakan kemudahan pengeluaran Proton di Tanjong Malim untuk mengeluarkan beberapa versi model lain tidak lama lagi, sekali gus membantu Proton memaksimumkan kapasiti pengeluaran kilang berkenaan.

Sos Cili : Bharian , Nota Kosong, kawan-kawan, pakcik google, wikipedia, campromania

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya dr akhir bulan 11 lagi ada dgr desas desus proton mengunakan pletform nissan.. hal ini kemungkinan renaut ada bekerjasama dgn nissan manakala proton telah membeli ekuti renault sedikit.. jadi ada besar kemungkinan adalah benar info in... menurut dr post saya di sini pada 30 november:

http://prodas.wordpress.com/2010/11/30/proton-perdana-replacement-nissan-fuga-hybrid/

nazri berkata...

tul2 tapi bln nov tadi rasa cam tak percaya je, tapi dah ada official words from proton so baru la tulis blog entry ni.. hehe

Tanpa Nama berkata...

bro, sori off topic.
saya suka sangat dengan spoiler blm macam kat bawah ni.

http://bit.ly/g2JXB6

mintak tolong suggest kedai yang ada spoiler ni, kalau boleh yang spray sekali.

area selangor merangkumi highway nkve. kalau belah2 kesas tak mau.

thanks.