Special Sponsor



Ahad, 26 Oktober 2008

Jadikan HP anda GPS walaupun x de GPS

Hari ni aku telah mencuba google maps for mobile yang amat berguna. Mengikut pemerhatian aku semasa pergi berjalan ke putrajaya, rumah shino untuk openhouse. Mana aku tau application GMM ni ye, aku tau dari blog Hanys... thanks to her for the valueable information

Download
Untuk mendownload application ini just text in in your mobile phone http://google.com/gmm size dalam 300KB dan direkemen anda menggunakan unlimited plan 3G supaya bil telepon tidak melambung (seriously la....).

Interface
interface application ini agak simple dan mudah dikendalikan. Untuk first time user juga apps ni akan popup help message supaya user tahu apa butang yang perlu ditekan untuk zoom in, zoom out dan membuat point direction from here to here. Ia juga ada 3 jenis penunjuk, driving (penunjuk untuk memandu), transit (untuk menaiki kemudahan awam) dan juga walking (untuk jalan kaki... huhu betul detail)

Peta
Peta yang ditunjukkan telah diskalakan dan juga di kecilkan supaya selesa pada permukaan dan resolution pada henfon. Juga boleh switch samada mahu melihat sattelite image mahupun basic plain peta atau kedua-duanya sekali. Bila zoom in, segala nama jalan akan keluar. Jika konfius dimana anda berada sekarang just tekan butang '0' (kosong) pada henfon anda dan secara automatik google map mobile akan read user data dari hp anda untuk menunjukkan lokasi terdekat anda.


Berbaloi
Ia berbaloi untuk menyaingi peralatan GPS yang terdapat di market seperti garmin nuvi dan sebagainya. Hanya perlu unlimited plan 3G pada hp anda dan terus menggunakannye. Di kawasan bandar amat direkemen dimana kelajuan capaian 3G pada tahap laju


Kelemahan
Bagaimana di kawasan out of range, atau tiada signal telepon? Disinilah tamatnya penggunaan apps ini.


Demo produk


Henfon murah je asalkan ada broadband unlimited @ 3G unlimited plan di galakkan menggunakan. Aku guna celcom 3G je.



Lepas download terus install application tu dalam henfon



Boleh pointing arah dari sini ke sana... hehe susah nak terangkan tp gambar menerangkan segalanya...



Juga boleh mencuba melihat jadual perjalanan transit pada area sekitar anda (kalau la ada.... )



Mencuba mencari arah... notice the dot2 tu? itu la point2 (simpang) yang perlu diambil perhatian. Lagi bagus kalau application google maps mobile ni boleh bercakap macam co-pilot.



Jelas juga arahan dia ni... kalau sesat juga tak tau la... hurm apa cer kalau majlis perbandaran suka-suka hati ubah nama jalan? lu pikir sendiri!



Ni pula kalau aku berjalan kaki... amat berguna


Conclusion

Sila mencuba untuk mendapat kepuasan. Lepas ni harap yang jual alat GPS tu tau2 je la nak turunkan harga ye. Aku baca juga next technology yang diorang cuba nak integratekan dalam hp adalah GPS maknanya HP lepas ni dah datang dengan function GPS... So external device macam garmin tu boleh pikir cara lain nak survive....

1 ulasan:

xordy berkata...

nak tau kenapa GPS lagi bagus dari software ni? kadar ketepatan software ni hanya 500m - 2 km. GPS, kadar ketepatan sehingga 5 meter. sebab tu GPS boleh kasik direction turn by turn, tapi software ni tak boleh.