Special Sponsor



Rabu, 28 April 2010

maybe lepas ni kite kene pakai baju dgn helmet kevlar?

apa nak jadi.. budak2 tak salah pon ko tembak ye.. kalau parang pun normal la org simpan parang dalam kereta.. nk berkebun boleh, nk tebas pun boleh.. sila dakwa yang terlibat.. kalau polis pn tapi kalau samseng kene dptkan pengadilan jugak! kalau nk saman pun takde la smpai tembak blkg orang kan.. ni training dgn israel ke?


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Adikbukanpenjenayah/Article


KLANG: “Saya tak tahu bila adik tahu bawa (memandu) kereta. Walau apa pun saya tak puas hati dengan apa yang berlaku,” kata Nor Azura Amzah, 39, kakak sulung kepada Aminulrasyid, 15, yang mati terkena tembakan ketika cuba melarikan diri daripada polis di Seksyen 11 di sini, awal pagi semalam.
Nor Azura berkata, adik bongsu daripada lapan beradik itu bukan seorang penjenayah sehingga perlu ditembak mati.


“Adik saya bukan penjenayah. Mungkin dia panik dan tak tahu apa nak buat selepas lihat rakannya lari menyebabkan dia bertindak sedemikian.


“Walaupun sukar menerima kejadian ini, ia sudah berlaku dan saya pasrah,” katanya ketika ditemui di perkarangan rumah mayat, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, semalam.


Aminulrasyid mati di tempat kejadian selepas terkena sedas tembakan di belakang kepalanya.


Ibu mangsa gagal ditemuramah berikutan terlalu sedih dan terkejut dengan apa yang berlaku.


Menceritakan kejadian itu, Nor Azura berkata, ia berlaku kira-kira 100 meter dari rumah ibunya, malah tidak menolak kemungkinan adiknya cuba memecut laju kereta untuk pulang ke rumah.


Katanya, Aminulrasyid keluar rumah melalui pintu belakang kira-kira jam 12 tengah malam tanpa disedari sesiapa sebelum memandu Proton Iswara milik adiknya.


“Mungkin dia pergi tengok perlawanan bola sepak. Sebelum ini dia jarang keluar malam, kalau keluar pun hanya berjalan kaki.

“Tapi entah kenapa semalam (kelmarin) dia keluar senyap-senyap dan ketika itu semua ahli keluarga saya sudah tidur,” katanya yang tinggal di TTDI Jaya, di sini.


Nor Azura berkata, ketika keluar rumah, adiknya yang juga pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 9 di sini, tidak membawa kad pengenalan sekali gus menyukarkan polis mengesan ahli keluarga.


“Kejadian ini saya tahu pagi tadi (semalam) ketika hendak menghantar anak ke rumah ibu sebelum ibu telefon bertanyakan adik berada di rumah saya atau tidak kerana dia tak pulang.


“Kira-kira jam 8 pagi, ketika saya sampai di rumah emak di Jalan Makyung 11/2G, dia beritahu ada kejadian jenayah berlaku dekat kawasan rumah dan melihat seolah-olah kereta yang ditarik itu macam kereta adiknya. Tetapi polis tidak benarkan sesiapa pun mendekati kenderaan itu,” katanya yang kemudian membuat laporan kehilangan adiknya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Dia bersama ahli keluarga diarah ke Rumah Mayat HTAR sebelum terkejut melihat dengan apa yang berlaku.


Menurutnya, berdasarkan penjelasan pegawai polis, adiknya cuba melarikan diri dengan memecut kereta dari bangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menghala rumahnya dan sebaik tiba di tempat kejadian, kawan adiknya bergegas keluar kereta dan melarikan diri.


“Saya tak tahu siapa kawannya itu. Tapi kejadian ini amat tragis dan memilukan,” katanya, menambah kali terakhir berjumpa adiknya minggu lalu ketika menghadiri majlis hari jadi seorang sanak saudaranya.


Turut berada di Rumah Mayat HTAR, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaludin dan timbalannya, Superintendan M Chandra.


Jenazah Aminulrasyid dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, di sini, selepas solat Maghrib.


ada sesiapa tau tmpt nk buat baju dgn helmet kalis peluru.. takut jgk dgn orang gile berlesen kt jalan raya ni..

2 ulasan:

MOFASAD berkata...

PAK PPOLISI SEKARANG NIE xberadab

Lazyf berkata...

Polis diamanahkan utk melindungi kesejahteraan rakyat tp skrg aper sudah jadi....