Special Sponsor



Rabu, 15 Disember 2010

Saga FL dilancarkan hari ini


SHAH ALAM: Proton Holdings Bhd mensasarkan menjual 6,500 unit sebulan Saga Facelift (Saga FL) yang baru dilancarkan, kata Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.


“Saga sudah berada dalam pasaran lebih dua tahun dan dengan model yang diberi wajah baharu ini yang menawarkan ciri-ciri lebih menarik, saya rasa 6,500 unit adalah nombor yang realistik untuk dicapai,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Saga Facelift, di sini, hari ini.Sejak pelancarannya pada Januari 2008, beliau berkata Saga meningkat ke kedudukan kedua model terlaris di Malaysia dengan jualan purata bulanan 6,200 unit.

Pada Oktober, beliau berkata Proton menjual kira-kira 204,150 unit dan menerima 245,030 tempahan.

Saga Facelift baru itu tampil dengan dua varian, iaitu, 1.3 Standard dan 1.3 Executive, kedua-duanya dalam transmisi manual dan automatik.

Syed Zainal Abidin berkata 1.3 Standard manual berharga RM37,998 manakala 1.3 Executive automatik berharga RM43,298.


Saga Facelift itu tersedia dalam enam warna dan menampilkan reka bentuk dapra baharu, tukup, lampu puncak, gril depan, bampar depan dan belakang dan cermin sisi yang menggabungkan isyarat LED.
Model eksekutif, antara lainnya, menampilkan lampu kabus depan tambahan, rekaan baharu keluli aloi, spoiler belakang dan acuan pelindungi sisi bagi menjadikannya ia kelihatan lebih sporty. – BERNAMA

maklumat lanjut spec dan sebagainya rujuk : saga facelift

p/s : rasa dah habis generasi pertama, datang generasi ke-2 pulak. Aku dah sedikit malas nak update blog ni, kereta masih dalam keadaan sihat dah hampir clock 90,000km hari ni. Harap lepas ni proton terus maju dari company automotive yang lain.

source : paultan, BERNAMA, blog prodas, blog funtastickodesign

2 ulasan:

Syukie berkata...

dah 90,000KM? cepat nye..
aku baru 66,000KM (WRF)

:P

*naz nak tanya beli pelapik getah perdana tu dekat kedai alat ganti ke kedai tayar lagi murah?

nazri berkata...

kedai spare part lg murah..
kedai tayar takut dia markup harga je..
tak silap aku saga pnye dah ada kuar.. dulu 1 inci (oem) pastu kuar 2 inci dgn 3 inci.. bkn perdana pnye tau tapi mmg saga pnye