Special Sponsor



Isnin, 16 Jun 2008

Claim rebet tunai RM625

Semalam aku pergi ke pejabat pos kat Tesco Puchong, punyalah ramai nak mampos. Aku mintak borang kat brader posmen tu pastu dia tanya roadtax bila hidup? Aku cakap la bulan May, baru lah dia bagi borang claim tu. Aku tengok nombor, pergh lagi 500 giliran lagi untuk aku. Ini macam bila mau siap. Lepas tu aku contact member kat Putrajaya... Dia kata kat sana tak ramai so aku terus gerak ke Alamanda. Pejabat pos kat bawah dekat ColdStorage.

Sampai sana dalam kul 3.50pm, ambek parking all done ambek no pukul 4.10pm... nasib baik aku ambek borang awal-awal sebab kat pej pos situ problem borang dah abis... kehkehkeh... memang bertuah la aku hari ni... tungu, lepak-lepak, lelap mata jap dalam pukul 4.40pm dah selesai....

duit tu nk buat apa ek?? aku rasa nak buat pasang tinted ray-tech la (voucher RM150) baki wat tambah modal nak pasang NGV... ekekek...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam bro...
aku fahmi dok puchong gak.kau ade no phone tak?leh lepak cite pasal kereta.baby aku xdapat lagi.huuuhu