Special Sponsor



Sabtu, 13 November 2010

offtopic : dapat gak test drive inspira

wahh puas hati~!!!! dapat gak merasa test drive inspira 1.8 cvt executive edition warna merah kat center of the excellence proton (COE) sebelah highway KESAS tu. Kitorang datang lepas abis keje dalam kul 7.30mlm sebab nak usha-usha 2.0 premium punya sebab masa first day launch hari tu pergi showroom dekat PJ ada 1.8 cvt executive edition je. Rupanya kt COE ni ada 2.0 cvt Premium memang kemas la leather seat dia dgn door trim. Ada warna putih solid dengan hitam yang terpampang kat showroom COE ni.
P/S: Kat COE ni pun S.A cakap ada team provocation (dalam 7-9 org) yang akan hempas2 pintu, curik gear knob, bawak pisau kecik toreh kerusi kulit pada model2 sebelum ini dan semasa aku kat situ pun gear knob cvt kete warna putih hilang. Saya harap team ni dapat dikantoi kan suatu hari nnt, boleh kite bongkarkan team ni dari mana ye..

Di bawah ni gambar 1.8 cvt E kat PJ masa first day launch.




So far model 2.0, 1.8 ni lebih kepada euro spec lancer, bukan lancer gt malaysia . So pemilik lancer gt skrang ni at least ada beza juga la dan korang leh la tunjuk ajar kat pemilik inspira mengenai penjagaan gearbox cvt, abs, ebd dan kedai mana murah nk pergi wax and polish kereta kasi kilat beb.. :D

New features kat inspira sekilas pandangan aku kat model 2.0 dan 1.8

1. Anti Trap window
2. Rain sensor
3. Light sensor
4. Auto cruise
5. coming home light
6. auto light off (kalau lupa off lampu, jaga battery)
7. welcome home light (bila unlock kereta lampu sisi ON, meter cluster ON, lampu dalaman ON)
8. kerusi kat belakang boleh lipat

Beza dia pulak dgn lancer gt

1. Inspira 16" rim / Lancer GT 18" rim
2. Inspira 15" disc brake / Lancer GT 16" disc brake
3. Inspira meter dashboard RPM kiri, speedo meter kanan / Lancer GT RPM kanan, speedo meter kiri


Ni la inspira 1.8cvt executive edition yang dipandu uji

Video test drive, ada 3 personally dirakam oleh henfon kamera cikai aku dan 1 video high quality dari youtube.


test drive inspira


test drive inspira part 2


test drive inspira part 3





video test drive inspira kat youtube.. camera lagi canggih (oh siapa nk sponser aku sony ericsson vivaz pro atau nokia n8 leh amek video HD... huhu)

so far amat berpuas hati kat inspira 1.8 ni, walaupun test track tak panjang sempat jugak test sport mode tapi sampai gear 4 je, nak tarik sampai 6 speed track tak cukup panjang yang penting pandu selamat kan. Pengalaman agak berbeza waktu bawak forte 1.6 SX 4speed (yang dtg rim 17 inci dan spare rim pun 17 inci gak tu) sebab forte yang aku bawak ada 4 speed je, tarik 140kmph dah mcm berat je.. huhu. Penukaran gear 5-4-3-2-1 agak smooth berbanding 4 speed forte kwn aku. Dari segi NVH (noise vibration harshness pula boleh bagi 8.8 dari 10 mata memandangkan milleage kete test drive sikit) tapi so far amat senyap. Bunyi radio clarion yang ada arkamys clear kalau masuk speaker mahal sikit mcm rockford fosgate atau RDS or mohawk rasa leh pergi lagi bunyi tu. Dari segi penukaran gear amat smooth pada kedudukan D atau sport mode 6 speed. Erm apa lagi ek, kerusi kat belakang boleh lipat, tak sure lancer gt boleh ke buat cam tu.
Ok part kekurangan yang diwarisi dari lancer gt yg aku nampak masa test drive ni alarm dia takde panic button, kalau lock dgn unlock pun takde beep. Mungkin masa akan datang boleh improve.
Butang remote boot release amat berguna so takde la tgh2 bawak brg banyak tercarik2 lubang nk bukak bonnet tu.
Ok kpd bakal pengguna inspira sila la bergembira dgn kereta anda, dan jgn lupa kawan2 la dengan pemilik lancer GT sebab mereka lagi otai dari anda tak salah share2 idea dan knowledge mereka.

3 ulasan:

Lazyf berkata...

kalo la ader test drive video yg varian MT...

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

cvt mmg smooth..6 speed tuh sbnrnye 'virtual' jer sbb cvt mmg xde set2 ratio lain2. untuk jimat myk cvt mmg bagus. tapi utk spirited driving auto biase lagi feel sbb tuh honda city dropkn cvt utk 5 speed auto utk generasi yg bru. aku lg harap p1 keluar kereta dgn 5 speed auto dri cvt.