Special Sponsor



Jumaat, 30 April 2010

Tahniah proton saga!!

Tahniah kerana sehingga tarikh ini dah 3 bulan top chart.. tahun 2009 menyaksikan proton saga mendahului sales perodua viva.... Perodua D54T bila mau keluar dari kepompong..??





chart dari forum..

apa2 pun harap lepas ni terus ada model2 menarik, NVH improve, dan kualiti pada model2 proton.. syabas p1, p2 dan semua pemiliknya..

Khamis, 29 April 2010

Ulangtahun ke-25 proton




SUBANG JAYA, April 21 2010 – Proton Holdings Berhad hari ini melancarkan logo rasmi untuk HUT ke-25, menendang dari perayaan tahun-panjang dengan pelbagai program untuk merayakan ulang tahun perak pengilang otomotif nasional.

Logo rasmi disampaikan oleh Proton Holdings Berhad Group Managing Director Dato ‘Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

Dato ‘Haji Syed Zainal berkata, “Setelah 25 tahun, sekarang kita tidak hanya menguasai pengetahuan, tetapi juga kemahiran yang tepat dan kemahiran untuk membina yang baik, kereta yang kompetitif. Dan sekarang, kami menguatkan strategi masa depan kita berjaya bersaing di pasaran global. “

Dato ‘Haji Syed Zainal juga menyoroti acara khas lain ditahan dalam kaitannya dari HUT, yang meliputi:

  • Saga “Snap & Win” Photo Contest, di mana orang ramai akan diberi kesempatan untuk menang hingga RM25, 000 secara tunai. Kontes ini bertujuan untuk menyentuh hati peminat dan pemilik Saga kebangsaan, dan akan memaparkan foto-foto sentimental dan inspirasi yang asli dan versi terbaru dari ikon Proton Saga. Para finalis akan dipaparkan dalam pameran pada bulan Julai, dan entri akan dinilai oleh sebuah panel ahli fotografi, termasuk dari Persatuan Fotografi Malaysia.
  • PROTON Anniversary 25 Merchandise Eksklusif, yang akan memaparkan barang dagangan PROTON edisi terhad seperti polo T-shirt, jaket, payung, termos, dll berlogo ulang tahun.

Rabu, 28 April 2010

maybe lepas ni kite kene pakai baju dgn helmet kevlar?

apa nak jadi.. budak2 tak salah pon ko tembak ye.. kalau parang pun normal la org simpan parang dalam kereta.. nk berkebun boleh, nk tebas pun boleh.. sila dakwa yang terlibat.. kalau polis pn tapi kalau samseng kene dptkan pengadilan jugak! kalau nk saman pun takde la smpai tembak blkg orang kan.. ni training dgn israel ke?


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Adikbukanpenjenayah/Article


KLANG: “Saya tak tahu bila adik tahu bawa (memandu) kereta. Walau apa pun saya tak puas hati dengan apa yang berlaku,” kata Nor Azura Amzah, 39, kakak sulung kepada Aminulrasyid, 15, yang mati terkena tembakan ketika cuba melarikan diri daripada polis di Seksyen 11 di sini, awal pagi semalam.
Nor Azura berkata, adik bongsu daripada lapan beradik itu bukan seorang penjenayah sehingga perlu ditembak mati.


“Adik saya bukan penjenayah. Mungkin dia panik dan tak tahu apa nak buat selepas lihat rakannya lari menyebabkan dia bertindak sedemikian.


“Walaupun sukar menerima kejadian ini, ia sudah berlaku dan saya pasrah,” katanya ketika ditemui di perkarangan rumah mayat, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, semalam.


Aminulrasyid mati di tempat kejadian selepas terkena sedas tembakan di belakang kepalanya.


Ibu mangsa gagal ditemuramah berikutan terlalu sedih dan terkejut dengan apa yang berlaku.


Menceritakan kejadian itu, Nor Azura berkata, ia berlaku kira-kira 100 meter dari rumah ibunya, malah tidak menolak kemungkinan adiknya cuba memecut laju kereta untuk pulang ke rumah.


Katanya, Aminulrasyid keluar rumah melalui pintu belakang kira-kira jam 12 tengah malam tanpa disedari sesiapa sebelum memandu Proton Iswara milik adiknya.


“Mungkin dia pergi tengok perlawanan bola sepak. Sebelum ini dia jarang keluar malam, kalau keluar pun hanya berjalan kaki.

“Tapi entah kenapa semalam (kelmarin) dia keluar senyap-senyap dan ketika itu semua ahli keluarga saya sudah tidur,” katanya yang tinggal di TTDI Jaya, di sini.


Nor Azura berkata, ketika keluar rumah, adiknya yang juga pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 9 di sini, tidak membawa kad pengenalan sekali gus menyukarkan polis mengesan ahli keluarga.


“Kejadian ini saya tahu pagi tadi (semalam) ketika hendak menghantar anak ke rumah ibu sebelum ibu telefon bertanyakan adik berada di rumah saya atau tidak kerana dia tak pulang.


“Kira-kira jam 8 pagi, ketika saya sampai di rumah emak di Jalan Makyung 11/2G, dia beritahu ada kejadian jenayah berlaku dekat kawasan rumah dan melihat seolah-olah kereta yang ditarik itu macam kereta adiknya. Tetapi polis tidak benarkan sesiapa pun mendekati kenderaan itu,” katanya yang kemudian membuat laporan kehilangan adiknya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Dia bersama ahli keluarga diarah ke Rumah Mayat HTAR sebelum terkejut melihat dengan apa yang berlaku.


Menurutnya, berdasarkan penjelasan pegawai polis, adiknya cuba melarikan diri dengan memecut kereta dari bangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menghala rumahnya dan sebaik tiba di tempat kejadian, kawan adiknya bergegas keluar kereta dan melarikan diri.


“Saya tak tahu siapa kawannya itu. Tapi kejadian ini amat tragis dan memilukan,” katanya, menambah kali terakhir berjumpa adiknya minggu lalu ketika menghadiri majlis hari jadi seorang sanak saudaranya.


Turut berada di Rumah Mayat HTAR, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaludin dan timbalannya, Superintendan M Chandra.


Jenazah Aminulrasyid dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, di sini, selepas solat Maghrib.


ada sesiapa tau tmpt nk buat baju dgn helmet kalis peluru.. takut jgk dgn orang gile berlesen kt jalan raya ni..

Rabu, 21 April 2010

Proton Car Clubs Charity [24 & 25 April 2010]

copy paste dari forum prosboc utk dikongsi bersama..


SEMUA AHLI PROSBOC & KELUARGA DIJEMPUT MERAMAIKAN ACARA
DRESS CODE:: TSHIRT@KEMEJA PROSBOC DIGALAKKAN @ APA2 SAJA PROTON:

SINOPSIS:
Program ini ada asalnya adalah program bersama beberapa kelab kereta untuk rumah kebajikan di Rawang.
Pada penghujung Disember, program ini telah diambil-alih secara rasmi oleh gabungan Kelab2 Rasmi Proton.

Tentatif baru untuk program ini adalah seperti berikut :

ATURCARA
24 APRIL 2010
:: Acara Derma Darah ::
9.30 pg
:: Berkumpul Al Rafi Bistro
:: Gerak ke tempat acara, Grand Blue Waves Shah Alam
11.00 pg - 2 ptg
:: Acara Derma Darah bermula
:: Tolong2 apa yg patut dan meramaikan orang

>>>> REHAT <<<<

:: Acara GRAND TT. Melibatkan 11 kelab yang mengambil bahagian ::
4.30 - 5.00 ptg
:: Berkumpul di parking perkarangan Stadium Shah Alam.
5.00 - 7.00 mlm
:: Ucapan dari pengerusi program
:: Kutipan tabung dijalankan
:: Sesi ramah mesra antara ahli kelab kereta yang terlibat
:: Sesi press conf dan acara mengambil gambar
7.00 mlm - 10.00 mlm
:: Bergerak ke Geng's Corner, Seksyen 13 Shah Alam untuk minum-minum [makan dan minum adalah dibawah tanggungan sendiri]

Info Tambahan - Bantuan Marshall Diperlukan
1. Semua ahli akan bergerak ke Shah Alam mengikut zon masing-masing.
2. Semua ahli Prosboc akan berkumpul di Dataran Shah Alam [Dataran Belakang / tempat SNAC / depan muzium] pada pukul 4.15 ptg.
3. Bergerak ke Perkarangan Stadium Shah Alam pada pukul 4.45 ptg.
4. Tiada jumlah had peserta. Berapa ramai nak datang pon x kesah. Prosboc terkenal dengan bala tenteranya [pinjam ayat Chief].
5. Masa di atas adalah TETAP. Kita akan bergerak tepat pada waktu yang dijanjikan. Pada yg lewat sila koling2 kawan2 atau terus ke perkarangan stadium. [ Tapi mmg x best la sbb x dpt kenikmatan konvoi reramai + paking pandai2 la sendiri]

25 APRIL 2010 - Acara PENYERAHAN DERMA. Melibatkan wakil dari 11 kelab yang mengambil bahagian.
8.00 pg
:: Berkumpul di COE Shah Alam
9.00 pg
:: Bergerak ke Rumah Kebajikan di Rawang
10.00 pg
:: Tiba di Rumah Kebajikan
:: Acara penyerahan derma
:: Doa Selamat
:: Makan dan Minum [sekiranya ada]


more info and updates : http://www.prosboc.com/v2/viewtopic.php?f=66&t=142