Special Sponsor



Khamis, 3 Mac 2011

Saya mahu itu bumper R3!!

Design bumper depan En kamarul xy (nama glemer dalam blog paultan) telah membuatkan hati aku tak tenteram melihat kereta beliau yang kacak sungguh. Di tambah pula dengan set rim sukan R3 memang superb.


bumper standard + bumper R3 satria neo yang di customkan/sambung. Yang best sebab grill semua part plastik bkn grill net biasa di tambah plak dengan front splitter.. perghh dengar cite dia kata kos custom ngan barang2 dalam 500 tak masuk cat.. Teringat pulak kat bumper lama aku dulu 1, 2.



cair beb... huhuuhu


perfect dari segala sudut..



kalau keluar bumper oem/abs/pu kt kedai mmg blh beli ni.


Rim original R3, boleh didapati kat kedai R3 atau cari kat kedai tayar bridgestone mcm en kamarul pnye ni .


Saga SE, skirt belakang dah modified sikit letak paip ekzos, just nice :)



Spoiler R3


Emblem Tuned By R3


Rabu, 9 Februari 2011

jadi standard balik bumper

ngeh2 tetiba plak rasa nk standard balik bumper depan, hari tu ada masa cuti sebelum cny aku sempat trade-in brg aku ngan bumper standard member aku dak club prosboc. Aku g cat kt kg aku sebab banyak bengkel cat kt area s.alam, damansara dah fully book kete nak cat bergaya sempena cny ni. Owner bengkel cat kt kg ni rupenye anak murid bapak aku masa dia sekolah rendah dulu, harga dia leh tahan dan kualiti pun ok juga.


bumper yang tinggal sejarah, dah letak kt rumah, nak letgo ke nak simpan ek.. huhu..


rompong depanku setelah bumper dicabut..


grill persona hurm.. :p


bumper yang aku trade-in dgn en radzi venin, hensem bumper nye ada janggut emas.. hehe. Boleh rujuk post sebelum ini wajah beliau disini..


wajah baru bumper standard + lampu DRL (daylight running light led)

kos kerugian : cat bumper, side mirror, touchup bumper blkg calar org langgar lari + side skirt crack akibat salah naik jack = rm300
grill persona elegen = rm25
cover foglamp = rm14
lampu drl = free sbb aku jual.. hehe
kerugian masa 3 hari sbb sblm cny hujan dari tgh hari ke petang so cat nk kering payah sikit..

Isnin, 7 Februari 2011

makin mundur ke?

JPJ to look into vehicles with TV screens

BUTTERWORTH: The Road Transport Department is looking into the possibility of amending the Road Transport Act to fine motorists who fix television screens and DVD players in their vehicles.

State Road Transport Department (JPJ) director Datuk Hassan Yaacob said an amendment could be made under Section 66 of the Road Transport Act 1987 for making vehicle alterations without permission.

“It is illegal and dangerous to fix these accessories. A driver can easily get distracted and it may result in accidents,’’ he said.

Hassan said enforcement teams would check if vehicles had complied with approved specifications.

“Those with xenon headlights will be fined RM300 while vehicles with fancy number plates will be fined RM120.

“In the end, they waste money by paying thrice – fixing the parts, paying the fine and paying again to remove them,” he said.

Hassan was commenting on the increasing number of motorists fixing televisions and DVD player sets in their vehicles.

On vehicles that are factory fitted with DVD players and GPS navigators, he said the department would have to look into it.

aku - diorang tak penah nampak ke trend kereta sekarang ni guna multifunction display sebagai meter kat dashboard, tekan butang keluar info TPMS (tyre pressure), rpm, jarak minyak full tank, jarak bateri yang boleh pakai lagi(hybrid), 360 degree camera, infra red front camera dll.. haih..

Ahad, 2 Januari 2011

Model gantian Perdana 2011 guna platform "Nissan FM"

Menarik juga dengar berita pagi ni, Online baca kt berita harian ada juga cerita ni : Model gantian Perdana guna platform Nissan Fuga. Platform Nissan FM juga digunakan kat nissan skyline v35, fuga, infiniti G35 leh google utk tgk persamaan dia. Perdana 2011 ni untuk kegunaan kenderaan kerajaan. Harap-harap cepat la keluar model ni.. huhu


Nissan Skyline coupe

Penggunaan enjin 2.5 liter naik taraf versi eksekutif, premium PROTON

PROTON Holdings Bhd akan melancarkan model gantian Proton Perdana, sama ada pada Mac atau April ini yang akan menggunakan platform Nissan Fuga dengan kapasiti enjin 2.5 liter.
Sumber industri berkata, bagaimanapun buat permulaan model yang akan diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun itu hanya dipasarkan khusus untuk kegunaan kereta rasmi pegawai tinggi kerajaan.
“Sebagai permulaan, sebanyak 150 unit akan diimport dari Jepun dan ia dibawa masuk khusus untuk kereta rasmi pegawai tinggi kerajaan, tetapi jika mendapat maklum balas memberangsangkan daripada pasaran, PROTON akan menimbangkan untuk memasarkannya secara komersial,” katanya pada Berita Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Fuga adalah kereta mewah Nissan yang menggunakan platform Nissan FM. Ia mula diperkenalkan di Jepun pada Oktober 2004.

Nissan Skyline, kereta sport mewah Nissan yang menjadi ‘kegilaan’ generasi muda Jepun turut menggunakan platform Nissan FM.

Fuga bersaing dalam pasaran kereta mewah eksekutif seperti Toyota Crown, Honda Legend, Mercedes-Benz E-class, Audi A6, BMW 5 series dan Jaguar XF.
Ia adalah kereta pertama dunia yang memperkenalkan teknologi sistem kawalan pedal bijak yang membantu pemandunya mengawal jarak selamat dengan kenderaan lain ketika pemanduan sama ada di kawasan bandar serta di lebuh raya.

Sumber itu berkata, penggunaan enjin lebih berkuasa untuk model gantian Perdana itu bertujuan menaik taraf kereta versi eksekutif dan premium PROTON ke tahap baru dan berupaya bersaing dengan model seperti Toyota Camry, Honda Accord, Hyundai Sonata atau Kia Optima di pasaran tempatan.

Katanya, selain untuk bersaing dalam kelasnya, penggunaan enjin yang lebih berkuasa itu juga bertujuan membezakan penggunaan enjin Proton Perdana dengan Proton Inspira yang turut menggunakan enjin 2.0 liter.

Sumber itu berkata, penggunaan Nissan Fuga itu menandakan permulaan kerjasama antara PROTON dengan Nissan Motor Company Ltd, iaitu firma automotif yang berpangkalan di Nishi-ku, Yokohama, Jepun.

“Ia (kerjasama dengan Nissan) susulan pengambilalihan kepentingan dalam Renault F1 Team yang dibuat PROTON menerusi anak syarikatnya, Group Lotus plc daripada Nissan yang dimuktamadkan awal Disember lalu.

“Menerusi pengambilalihan itu, selain membuka laluan buat PROTON terbabit dalam perlumbaan Formula Satu, ia turut membantu mengetengahkan beberapa program kerjasama baru lain antara PROTON dan Nissan, dan model penggantian Perdana adalah permulaan kerjasama antara kedua-dua pengeluar kereta berkenaan,” katanya.

Katanya, permulaan itu juga dijangka menjurus kepada kerjasama lebih serius di mana Nissan akan menggunakan kemudahan pengeluaran Proton di Tanjong Malim untuk mengeluarkan beberapa versi model lain tidak lama lagi, sekali gus membantu Proton memaksimumkan kapasiti pengeluaran kilang berkenaan.

Sos Cili : Bharian , Nota Kosong, kawan-kawan, pakcik google, wikipedia, campromania